Petugas Kedutaan AS ucap Selamat Tahun Baru Cina

11/02/2021 07:59 PM

KUALA LUMPUR, 11 Feb — Petugas Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia dengan mempelajari ‘Jianzhi’, gaya pemotongan kertas tradisional China, yang melambangkan tuah dan kebahagiaan.

“Sama ada di AS, Malaysia atau di seluruh dunia, kita sama-sama meraikannya dengan penuh semangat. Semoga tahun ini membawa lebih banyak tuah dan kebahagiaan kepada kita semua.



“Kami berharap dapat bertemu anda semua dalam masa terdekat. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia” kata kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi kedutaan.

Esok, masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina, menandakan permulaan Tahun Lembu, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Video seminit disiarkan di laman web kedutaan menunjukkan kakitangan kedutaan itu mempelajari tradisi Jianzhi sambil bertukar ucapan dalam bahasa Mandarin, Inggeris dan Bahasa Melayu.

Jianzhi adalah kraf rakyat tradisional yang tersenarai dalam Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Unesco pada 2009.



Tiada larangan kenderaan barangan di jalan raya semasa perayaan Tahun Baru Cina

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button