GENAP SETAHUN 18 FEBRUARI INI – BCL LUAH ISI HATI TENTANG ARWAH ASHRAF [VIDEO]
Penyanyi dan pelakon Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari baru-baru ini telah menceritakan kisah cinta dan detik-detik terakhir sebelum suami tercinta, Ashraf Sinclair disahkan meninggal dunia. Pemergian arwah suami bakal genap setahun 18 Februari ini, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL menerusi temubual bersama Daniel Mananta dilihat semakin kuat menerima suratan takdir.
Menerusi temubual bersama Daniel yang dimuat naik di Youtube, BCL yang meluahkan isi hati itu berharap mempunyai lebih banyak waktu untuk menghargai arwah suami. Seandainya dia tahu ‘masa’ sudah tidak lama, mesti semuanya berbeza. Baru sehari dimuatnaik siri program diberi judul #LoveStory di YouTube milik Bunga ‘It’s Me BCL’, perkongsian ini sudah mencecah lebih 700k tontonan.
“Mungkin waktu-waktu sebelumnya. Ini yang saya rasakan. Saya selalu berlari, mengejar apa? Apa yang saya kejar selama ini? Tidak ada. Saya selalu ‘lari’ dengan kareer saya. Bukan bererti saya tidak peduli.
“Saya ada waktu dengan Ashraf. Saya ada waktu dengan anak saya. Tapi kalau keadaannya begini, saya tentu berharap seandainya punya lebih banyak waktu. Saya ada aturan dalam hidup, sudah bahagikan kerjaya dan keluarga. Saya masak dan semuanya. If I know, waktunya cuma ini, pasti berbeza,” ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Tambah penyanyi lagu ‘Cinta Sejati’ ini lagi, sekarang dia rasa lebih dekat dengan Allah SWT. Setiap kali beribadah dan berdoa, dia merasakan Ashraf turut ada disitu.
“Once you know someone like that, perspektif kamu berubah. Berbeza. Kamu lihat tadi begini, sekarang sudah begini. Saya berusaha, I feel more connected with God. Saya menikmati proses beribadah, saya rasa Ashraf dengan Allah sekarang. Setiap kali saya menemui Allah dalam doa saya, dalam ibadah saya.. Ashraf ada disitu,” tuturnya.
Sementara itu, Bunga turut berkongsi kisah dimana ketika menemui Ashraf tidak sedarkan diri, firasatnya kuat mengatakan bahawa suaminya itu sudah tiada, namun dia dan anaknya Noah Sinclair tetap berkeras mahu membawa ke hospital.
“Seorang teman saya telefon dan saya kata macam Ashraf dah tiada… Noah kata Mummy jangan cakap begitu! Kita tak tahu jadi kita terus ke hospital. Noah tanya… hospital boleh tolong tak? Saya kata kalau masih boleh, mesti boleh. Sampai di hospital, doktor juga lihat saya dan kata dia tak ada, tapi mereka mahu terus cuba (beri pertolongan).
“Saya dah tahu! Saya dapat rasakan semasa menemui Ashraf di tempat tidur saya sudah tahu. Di dalam fikiran saya cuma berkata… kalau awak nak pergi, pergilah saya baik-baik sahaja. Jika itu terbaik untuk dia pergilah! Sampai di hospital, terus doktor kata… sudah tiada,” ceritanya.
Selepas doktor memaklumkan Ashraf tidak dapat diselamatkan, Bunga berkata dia menerima berita kematian itu dengan hati terbuka. Dalam pada itu, Bunga berkata perkara paling mencabar apabila perlu memberitahu Noah mengenai pemergian bapanya itu.
“Saya dah tahu! Saya dapat rasakan semasa menemui Ashraf di tempat tidur saya sudah tahu. Di dalam fikiran saya cuma berkata… kalau awak nak pergi, pergilah saya baik-baik sahaja. Jika itu terbaik untuk dia pergilah! Sampai di hospital, terus doktor kata… sudah tiada.
“Saya pergi ke anak saya, saya tak menangis! Saya cuma kata… Noah daddy dah tak ada. Saya minta maaf, tak ada apa yang boleh kita buat, mereka dah cuba. Dia tanya… jadi siapa yang akan teman mummy kalau mummy ada business trip lagi, kalau daddy dah tak ada?
“Itulah perkataan pertama yang difikirkan. Dia tahu ini akan terjadi tapi mungkin tak menyangka berlaku dalam waktu yang dia masih kecil,” katanya yang mengakui kehidupannya berubah dalam sekelip mata.
Tidak menyangka suami akan pergi dengan sekelip mata, pemergian Ashraf memberi tamparan hebat buat diri Bunga. Malah, dia mengambil masa yang agak lama untuk bangkit dan mencari kekuatan. Katanya lagi, seminggu selepas Ashraf tiada, dia baru sebetulnya merasakan kehilangan sehingga sakit di bahagian dada dan sukar bernafas.
Pada 18 Februari tahun lalu, Ashraf, 41, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana serangan jantung. Ashraf meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
VIDEO 1
VIDEO 2
ANNIVERSARY KE-11 – BCL TABUR BUNGA MAWAR DI PUSARA ARWAH ASHRAF