MOHON MAAF – IBU AIMAN TINO BERHARAP TIADA DAKWA MENDAKWA DI AKHIRAT
“Assalamualaikum, saya Riena, di sini saya ingin memohon maaf kepada netizen, yang mengecam saya dan anak saya, saya juga maafkan kamu semua, semoga tiada dakwa mendakwa di akhikat kelak. Alhamdulillah terima kasih kepada yang memberi nasihat, pendapat dan semangat.
“Terima kasih syukur dapat kenal anda semua,” demikianlah tulis ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil menerusi satu status yang dikongsi melalui Insta Story dimana dia tampil memohon maaf kepada netizen atas hal yang berlaku sebelum ini berhubung anaknya itu.
Hazelina atau lebih mesra disapa Riena dalam masa sama turut memaafkan semua pihak yang mengecam dan mengharapkan agar perkara yang berlaku sebelum ini tidak mempunyai sebarang ‘dakwa mendakwa’ di akhirat kelak. Riena juga berterima kasih kepada mereka yang menitipkan nasihat sepanjang kemelut yang berlaku.
Sementara itu, menerusi platfrom sama, Riena ada memuat naik beberapa foto bersama anak-anak serta suaminya dengan mengucapkan kata sayang. Malah menerusi salah satu fotonya bersama Aiman, penyanyi tersebut dilihat turut memberikan respon sama.
Klik untuk gambar besar
“Sayang Dunia Akhirat.” – “PERMATA CINTA KU,” tulisnya pada entri kedu-dua foto yang dimuat naik olehnya di Instagram yang menggunakan nama @yusririena, baru-baru ini.
Terdahulu, Riena menerusi Instagram meluahkan perasaan terkilan dengan Aiman yang didakwa berubah sehingga mengabaikan kerjaya seni selain memberi bayangan hidup anaknya itu dikongkong seorang wanita. Namun, Aiman kemudiannya tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya yang mendakwa ia hanya salah faham dan berpunca daripada khilafnya sendiri.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut media sosial ibu kepada penyanyi itu tampil mendoakan agar keluarga besar ini sentiasa bahagia dan dilindungi Allah S.W.T daripada segala keburukan.