BILA SHUIB & ISTERI DIKOMPAUN MAKAN BERAMAI-RAMAI

Tak pasal-pasal dikenakan kompaun RM1,000 seorang. Itulah yang terjadi kepada pelawak Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad dan juga isterinya, penyanyi Siti Sarah Raissuddin.

Kompaun tersebut dikenakan terhadap Shuib dan Sarah selepas mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah restoran, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan itu didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal.



Bukan hanya Shuib dan isterinya sahaja, malah dua lagi individu yang duduk semeja bersama pasangan berkenaan di premis terbabit turut dikenakan kompaun.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op Covid-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit. Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.



Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambar bersama pasangan selebriti menjamu selera di dalam premis terbabit tersebut di Facebook miliknya.

Sekadar info, kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di setiap negeri bermula 10 Februari lalu di mana antara peraturan yang ditetapkan adalah hanya dua individu sahaja dibenarkan berada di satu meja ketika makan di restoran atau gerai makan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button