IG AAISYAH ADA REVIEW WANITA SEKSI – NETIZEN KECAM CHE TA

Bagi anda yang sering mengikuti laman Instagram Aaisyah Dhia Rana, 7, iaitu anak kepada pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini, pasti tahu si cilik itu selalu berkongsi perkembangan dirinya.

Namun terkini, Instagram Aaisyah telah menarik perhatian apabila ada memuat naik satu hantaran berupa video promosi produk membesarkan aset khas untuk wanita.

Video berdurasi kurang daripada 1 minit itu telah memaparkan seorang wanita sedang memegang produk dengan menunjukkan hampir sebahagian payu daranya dengan memakai baju tidur yang seksi.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Seperti kebiasaan, perkara tersebut sudah tentu menerima kecaman netizen dimana rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang kerana merasakan intipati video tersebut agak lucah dan tidak sesuai untuk usia anaknya yang masih kecil.

Lantas, pengikut dan peminat Aaisyah tampil memberikan ‘sepatah dua kata’ kepada Rozita atau mesra disapa Che Ta, 47, di atas tindakannya membiarkan iklan seperti itu berada di Instagram anaknya.

Image_3.jpg

Malah, ada yang bertindak untuk tidak mengikuti lagi akaun media sosial Aaisyah dan ada juga yang telah berkurang rasa hormat kepada aktres jelita ini.

Che Ta bagaimanapun sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung muat nik tersebut meskipun dikritik hebat oleh netizen.

Sekadar info, Aaisyah merupakan anak ketiga kepada Che Ta hasil perkahwinannya bersama Zain. Terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya yang terdahulu.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply