Israel terus bedil Palestin ketika rundingan

Oleh – Syeikh Baran


Israel terus bedil Palestin ketika rundingan
Askar Israeli meronda di sebelah pagar sempadan Israel, ketika konflik berterusan antara Israel dan kumpulan Hamas, di Lintasan Erez di selatan Israel. – Foto REUTERS

Pemimpin Hamas mengadakan rundingan gencatan senjata hari kedua dengan pengantara Mesir dan Qatar hari ini, tanpa menunjukkan sebarang kemajuan nyata.

Malah, Israel yang menghantar wakil ke rundingan gencatan senjata, terus membedil wilayah Palestin ketika rundingan sedang berjalan.



Namun, menurut pegawai yang rapat dengan usaha itu, delegasi Hamas tiba di Kaherah penuh dengan keazaman untuk mencapai perjanjian, tidak kira apa bentuk kesusahan yang harus dihadapi.

“Perjanjian mesti menamatkan perang dan mengeluarkan tentera Israel dari Gaza tetapi Israel belum lagi komited untuk berbuat demikian,” kata pegawa itu yang enggan dikenali.

Israel pula mahu perjanjian itu memyaksikan pembebasan sekurang-kurangnya 130 tebusan yang ditahan oleh Hamas.

Bagaimanapun, seorang pegawai Israel memberi isyarat semalam bahawa kedudukan asas tidak berubah, dengan mengatakan rejim Zionis dalam keadaan apa sekali pun, tidak akan bersetuju menamatkan perang, selagi tidak menghapuskan Hamas sama sekali.



Seorang lagi pegawai Palestin memberitahu yang rundingan itu berdepan cabaran kerana pendirian Israel yang enggan mengisytihar gencatan senjata menyeluruh.

Pegawai itu mendakwa bahawa delegasi Hamas masih berada di Kaherah dengan harapan, manakala negara pengantara dalam rundingan itu berharap dapat menekan Israel untuk mengubah pendiriannya.

Ketika rundingan terbaharu sedang berjalan, penduduk dan pegawai kesihatan Hamas berkata pesawat serta kereta kebal Israel terus melancarkan seragan di wilayah Palestin, termasuk membunuh dan mencederakan penduduknya.

Qatar, di mana Hamas mempunyai pejabat politik, selain Mesir cuba bertindak sebagai pengantara gencatan senjata sejak November tahun lalu.



Usaha itu dilakukan di tengah-tengah kekecewaan masyarakat antarabangsa terhadap angkat kematian yang semakin meningkat di Gaza dan nasib malang menimpa 2.3 juta penduduk di wilayah itu.

Sumber Mesir berkata, Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns, yang turut terbabit dalam rundingan gencatan senjata sebelum ini, tiba di Kaherah kelmarin.

Sebelum ini, Israel dilapor memberi persetujuan awal terhadap syarat, yang menurut satu sumber, membabitkan pemulangan antara 20 hingga 33 tebusan sebagai pertukaran untuk membebaskan ratusan tahanan Palestin serta gencatan senjata selama beberpaa minggu.

Semalam, ribuan rakyat Israel menuntut Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menerima perjanjian gencatan senjata dengan Hamas untuk membolehkan baki tebusan dibawa pulang.



Sejak serangan Israel terhadap Gaza, lebih 34,600 rakyat Palestin terbunuh manakala 77,000 cedera, demikian menurut data direkodkan Kementerian Kesihatan Gaza.

Pengeboman memusnahkan sebahagian besar kawasan pesisir pantai Gaza dan mencetuskan krisis kemanusiaan. – REUTERS

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading