Tiada Lagi Najib Dalam Serangan Tun Mahathir
Tiada Lagi Najib Kini Mahathir Serang Muhyiddin
Tun Mahathir memulakan serangan terbuka terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau tidak lagi ‘beratib’ nama Najib dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung menerusi facebook Dr Mahathir Mohamad petang tadi.
Mahathir menyampaikan 13 perkara mengenai kesalahan Muhyiddin dalam mengekalkan kuasa sebagai PM menerusi pengisytiharan darurat kesihatan.
Serangan kali ini menimbulkan persoalan kerana Tun Daim juga melakukan serangan terbuka tetapi bukan terhadap Muhyiddin sebaliknya Umno.
Adakah ini perancangan rapi oleh kedua-dua mereka atau kebetulan? Selama hampir setahun selepas meletakkan jawatan selaku PM Ke-7, inilah serangan terbuka pertama Mahathir terhadap Muhyiddin.
Daim yang dahulunya anggota ‘Council of Eminent Person’ yang ditubuhkan semasa Pakatan Harapan memerintah menumpukan serangan terhadap Umno. Mengapa baru sekarang? Mungkinkah ada kaitan dengan pembongkaran bekas Peguam Negara Tommy Thomas dalam buku tulisannya menyebabkan mereka (Tun Mahathir & Tun Daim) gelabah?
Adakala serangan sebegini membuatkan banyak pihak mula berteori mengenai konspirasi. Siapa, apa, mengapa akan jadi sebahagian daripada intipati persoalan.
Rakyat jangan dikelirukan dalam pergelutan perebutan kuasa oleh ahli politik sebaliknya kerajaan perlu menumpukan kebajikan rakyat berdepan pandemik covid19 yang sedang melanda negara.
MAHATHIR – “NAJIB, NAJIB, NAJIB, NAJIB, NAJIB, NAJIB, NAJIB”