Ngozi Okonjo-Iweala dari Nigeria dilantik Ketua Pengarah baharu WTO

16/02/2021 11:15 AM

GENEVA, 16 Feb — Anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Isnin bersetuju melantik Ngozi Okonjo-Iweala, bekas menteri kewangan Nigeria, sebagai Ketua Pengarah baharu pertubuhan itu, kata WTO dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas Majlis Umum WTO yang melantik veteran Bank Dunia itu secara rasmi, lapor Agensi Berita Xinhua.



“Dr. Okonjo-Iweala akan menjadi wanita pertama dan rakyat Afrika pertama yang mengetuai WTO. Beliau akan memulakan tugasnya pada 1 Mac dan penggalnya, yang boleh diperbaharui, akan berakhir pada 31 Ogos 2025,” kata WTO.

Mengalu-alukan Okonjo-Iweala, Ketua Majlis Umum David Walker berkata: “Ini adalah saat yang sangat penting bagi WTO.”

Okonjo-Iweala, 66, adalah pakar kewangan global, ahli ekonomi dan profesional pembangunan antarabangsa dengan lebih 30 tahun pengalaman bekerja di seluruh dunia.

Beliau pernah dua kali berkhidmat sebagai menteri kewangan Nigeria dan pernah dilantik sebagai menteri luar, serta berpengalaman selama 25 tahun di Bank Dunia, termasuk sebagai Pengarah Urusan Operasi.



Presiden Moon minta Malaysia sokong Korea Selatan tanding jawatan ketua WTO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button