Peniaga asing selami suasana perayaan di China

15/02/2021 03:15 PM

BEIJING, 15 Feb — Sempena sambutan Tahun Baru Cina, ramai peniaga warga asing yang berniaga di China diberikan peluang mendalami budaya dan tradisi rakyat tempatan meraikan perayaan tradisional itu.

Seorang peniaga dari Malaysia, Kok Chit Hock menikmati dan merasai sendiri suasana kemeriahan menyambut perayaan di bandar Yiwu, wilayah Zhejiang.



Jika sebelum ini beliau akan pulang ke tanah air untuk meraikan perayaan itu tetapi kali ini Kok dan keluarganya memilih menyambutnya di China.

“Saya sudah berada di Yiwu selama 17 tahun dan disebabkan wabak COVID-19, kami buat pertama kalinya menyambut Tahun Baru Cina di sini,” ujarnya.

Yiwu, bandar terkenal sebagai pusat borong terbesar di dunia, menjanjikan peluang besar kepadanya untuk menceburi bidang perniagaan batu kristal selama sepuluh tahun.

Selain berpeluang menembusi pasaran yang agak besar, Kok juga menyaksikan perubahan dan kemajuan dicapai bandar itu.



Menurutnya, layanan mesra yang diterima membuatkannya berasa seperti berada di kampung sendiri.

“Saya sudah berada di sini selama 17 tahun, dan Yiwu umpama kampung halaman kedua buat saya.

“Dengan adanya dasar kebajikan kerajaan tempatan, sambutan perayaan di sini berlangsung begitu meriah,” tambah Kok.

Sama seperti Kok, terdapat ramai peniaga warga asing yang mengambil kesempatan berada di China untuk memahami budaya masyarakat ketika menyambut perayaan.



Mereka diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti sambutan termasuk belajar menulis kaligrafi Cina, menghasilkan guntingan kertas, membuat ladu dan kuplet.

“Oleh kerana ramai warga asing yang tinggal di sini, kami telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk membolehkan mereka merasai suasana menyambut perayaan”, kata petugas sebuah komuniti di Yiwu, Lou Chun.

Gadis Iban rindu suasana sambutan Gawai di rumah panjang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button