APMM Sandakan rampas lebih 100,000 batang rokok tanpa cukai

17/02/2021 07:22 PM

SANDAKAN, 17 Feb — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sandakan berjaya merampas sejumlah 103,460 batang rokok putih dan kretek tidak bercukai bernilai RM18,978 di sebuah perkampungan atas air, di sini, semalam.

Pengarahnya Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata rampasan itu dibuat sekitar jam 2 pagi semalam di Batu 3 di sini.



“Bertindak atas maklumat Bahagian Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), sebuah bot peronda APMM diatur gerak bagi melakukan serbuan ke atas premis tidak bernombor dan tidak berpenghuni disyaki dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis terbabit menemukan 103,460 batang rokok putih serta kretek tidak bercukai disembunyikan di ruangan dinding dan lantai premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zainudin berkata nilai cukai rokok pelbagai jenama yang dirampas itu dianggarkan RM70,181 dan dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk dijual secara haram di pasaran tempatan.

Menurutnya, rampasan rokok diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.



Kalau Rayu Sokong Anwar… Minta Maaf Sahajalah – Asyraf

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button