BEKAS SUAMI BALIK PADA KEKASIH LAMA – ZARINA NAFI PUNCA CERAI, DOAKAN TERBAIK

Pelakon Zarina Anjoulie sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan sudah bercerai dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas selepas enam bulan berumah tangga. Zarina bagaimanapun meluahkan rasa syukur urusan perceraiannya dengan Eilyas sudah pun selesai.

Image_1.jpg

Dijemput menjadi tetamu bersama Geng Pagi Hot pagi tadi, Zarina telah berkongsikan tentang kisah perceraiannya dengan berkata apa yang terjadi dalam hidupnya dijadikan sebagai pengajaran dan perlu move on.

Zarina juga memaklumkan bahawa dia gembira untuk bekas suaminya yang sudah kembali dengan bekas kekasihnya sebelum ini dan hal ini terjadi ketika mereka masih bergelar suami isteri.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Bagaimanapun, Zarina menafikan perkara itu merupakan punca perpisahan mereka serta mendoakan bekas suaminyaya itu bahagia bersama kekasihnya.

“Ini bukan sebab saya cerai, ada sebab lain. Kami berdua kena betulkan diri sendiri dahulu kerana kami rasa kami kahwin terlalu cepat. Kami buat keputusan yang salah dan dia dah kembali kepada bekas kekasihnya semasa kahwin.



“Dia masih bersama bekas kekasihnya dan saya doakan terbaik untuk dia. Semoga dia berbahagia dengan bekas kekasihnya,” kata ZarinA yang turut memberitahu keputusan bercerai adalah pilihannya dan dia mahu memberi fokus kepada kerjaya, anak dan keluarganya.

Image_3.jpg

URUSAN CERAI – ZARINA ANJOULIE LEGA SUDAH SELESAI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button