Jangan campur aduk Covid-19 dengan politik, kata Rafidah


© Provided by Free Malaysia Today Rafidah Aziz berkata, darurat yang dilakukan kerajaan masa ini memberi implikasi yang besar pada negara kerana Parlimen tidak boleh bersidang.

PETALING JAYA: Bekas menteri, Rafidah Aziz menggesa kerajaan tidak mencampur adukkan hal politik dengan Covid-19.

Beliau berkata sekiranya darurat digunakan semata-mata untuk mengelak daripada mengadakan sidang Parlimen, itu disifatkan sebagai motif politik.

“Di sini kita harus bincangkan langkah-langkah tangani Covid-19 yang tiada kaitan dengan darurat.



“Tidak boleh campur Covid-19 dengan politik. Jadi kalau tak tegaskan kat sini. Masalah akan berterusan,” katanya dalam satu temu bual di Astro Awani.

Dalam pada itu, Rafidah berkata darurat yang dilakukan kerajaan masa ini memberi implikasi yang besar pada negara kerana Parlimen tidak boleh bersidang.

Katanya, negara boleh melakukan proses pentadbiran yang boleh menangani Covid-19 seperti menahan, mengawal perjalanan, menutup sempadan dan mengasingkan rakyat daripada dijangkiti Covid-19.

“Itu sebenarnya darurat untuk Covid-19.



“Jadi nak tangani Covid-19 jangan darurat negara,” katanya.

Rafidah juga menyokong gerakan untuk menarik balik darurat.

“Saya sokong sangat. Darurat kalau ada riuh-rendah, orang demontrasi, baling batu dan bunuh-membunuh itu memang wajib darurat.

“Kalau dicampur aduk dengan Parlimen, dicampur aduk dengan darurat, yang tiada kaitan dengan Covid-19 itu yang menyusahkan kita. Beri gambaran seolah negara ini tidak terkawal sehingga perlu buat darurat,” katanya.



Rafidah juga menegaskan beliau tidak kisah pihak mana yang akan mendapat vaksin lebih dahulu.

“Yang mustahak jangan pula kali ini kita kata ‘oh kita belum dapat vaksin untuk ahli Parlimen. (Jadi) belum dapat (vaksin), tidak boleh bersidang.’

“Jangan kata begitu pula,” katanya.

Tuduhan Presiden UMNO Campur Tangan Berlebihan Sekadar Provokasi Murahan – Dr Masliha



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button