Wanita maut terbabit nahas ketika hantar cucu ke tadika

Wanita maut terbabit nahas ketika hantar cucu ke tadika

Wanita maut terbabit nahas ketika hantar cucu ke tadika
Petugas perubatan dan anggota bomba membantu mengalihkan mangsa yang terbabit dalam nahas di Kampung Changkat Kinding, Tanjung Rambutan.

IPOH: Seorang wanita maut selepas kereta dipandu terbabit dengan kemalangan dengan sebuah motosikal ketika dalam perjalanan menghantar cucunya ke tadika di Kampung Changkat Kinding, Tanjung Rambutan di sini, pagi ini.

Dalam nahas kira-kira jam 7.15 pagi, wanita berusia 59 tahun yang memandu Perodua Viva itu meninggal dunia di lokasi, manakala penunggang motosikal berusia 17 tahun pula cedera parah, manakala cucu perempuan wanita terbabit terselamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun bergegas ke lokasi sebaik panggilan diterima melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) jam 7.17 pagi.



“Ketika bomba tiba, wanita berkenaan dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu Perodua Viva, manakala remaja yang menunggang motosikal cedera parah.

“Wanita itu tersepit dan meninggal dunia di dalam kereta berkenaan. Turut berada dalam kereta sama ketika itu adalah seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun, dia tidak mengalami kecederaan tetapi dirujuk juga untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diterima, pemandu kereta bersama cucunya itu dalam perjalanan ke tadika atau sekolah.

Katanya, mangsa yang cedera diserahkan kepada ambulans, manakala yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



Wanita maut terbabit nahas ketika hantar cucu ke tadika

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button