Syed Abu Hussin wajar dedah MP bakal sokong Kerajaan

Oleh – Bakhtiar Omar


Syed Abu Hussin wajar dedah MP bakal sokong Kerajaan
Dato Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal – Ahli Parlimen Bukit Gantang

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato Syed Abu Hussin Hafiz sewajarnya mendedahkan identiti MP yang beliau dakwa akan menyokong Kerajaan.

Dalam sidang media semalam, Syed Abu Hussin menyatakan jika sebelum ini beliau menjangkakan sekitar 5 hingga 6 MP Perikatan Nasional akan berbuat demikian.



Bagaimanapun, semalam beliau menukar angka tersebut menjadi sekitar 7-8 orang MP akan berbuat demikian.

Beliau menyatakan antara alasan MP tersebut akan menukar sokongan ialah peruntukan yang diperlukan bagi pembangunan kawasan Parlimen masing-masing.

Syed Hussin juga menyalahkan Perikatan Nasional kerana enggan berunding dengan Kerajaan bagi memastikan peruntukan diperolehi di setiap parlimen.

Peluang telah diberikan kepada Perikatan Nasional untuk berunding dengan kerajaan berkaitan peruntukan namun pelawaan tersebut di pandang sepi.



Dipercayai keengganan Perikatan Nasional berbuat demikian kerana percaya mereka akan mengambil alih kerajaan sebelum 2024.

Sebelum ini, ada ura-ura Perikatan Nasional akan kembali ke Putrajaya pada bulan Ogos 2023 , namun sehingga November 2023 perkara tersebut masih belum direalisasikan lagi dan tidak mungkin akan dicapai.

Syed Hussin dalam pada itu menyatakan beliau juga terkesan apabila peruntukan Parlimen untuk pembangunan fizikal serta kebajikan kawasan yang diwakilinya ditampung dari poket sendiri.

Apabila bertanyakan kepada pimpinan tertinggi PN mengenai sebarang rundingan berkaitan peruntukan, tiada sebarang jawapan munasabah diberikan.



Begitu juga dengan 8 orang ahli parlimen yang didakwa Syed Hussin akan bertindak sama seperti beliau. Sebelum Syed Hussin, ada 4 orang ahli parlimen Perikatan Nasional telah menyatakan sokongan kepada Kerajaan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button