Penunggang motosikal maut dilanggar lori kontena

Penunggang motosikal maut dilanggar lori kontena

Penunggang motosikal maut dilanggar lori kontena

BAYAN LEPAS: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori kontena dalam kejadian di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa Saiful Azhar Shaari, 41, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 38 tahun cedera di kepala.



Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Rohaizal Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.21 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan membabitkan lori kontena dengan motosikal jenis Yamaha LC yang mana penunggangnya berada di bawah lori.

“Pasukan penyelamat kemudian menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira lima minit bagi mengeluarkan mangsa. bagi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rohaizal berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi dan mayatnya dihantar ke hospital bagi tindakan lanjut.



“Keadaan aliran trafik semasa kejadian juga terkawal dan kes diserah kepada pihak polis. Operasi tamat pada jam 10.39 malam.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila lori kontena yang dipandu hilang kawalan sebelum melanggar motosikal mangsa,” katanya lagi.

Penunggang motosikal maut dilanggar lori kontena

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading