Nahas treler, lebuh raya sesak 2 jam

Nahas treler, lebuh raya sesak 2 jam

Nahas treler, lebuh raya sesak 2 jam
Treler terbabas sehingga bahagian badan dan kepalanya terpisah dalam kemalangan di KM246.2 PLUS arah utara, hari ini. – Foto ihsan pembaca

SEREMBAN: Sebuah treler terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan sehingga badan dan kepalanya terpisah, dalam kemalangan yang turut menyebabkan kesesakan trafik selama kira-kira dua jam di Kilometer (KM) 246.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini, hari ini.

Insiden kira-kira jam 4 petang itu menyaksikan badan treler berkenaan melintangi jalan dan semua lorong ditutup mengakibatkan trafik sesak lebih 5km.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Rosli Ishak, berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika treler tanpa muatan dipandu lelaki berusia 29 tahun itu dalam perjalanan dari arah Jasin, Melaka, menuju ke arah Ipoh, Perak.



“Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang jenis serta nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan, dikatakan masuk ke hadapan laluan treler itu dan brek mengejut.

“Susulan itu, pemandu treler dikatakan menekan brek untuk mengelak kereta terbabit menyebabkan kenderaan berat berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di tengah lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik




Rosli berkata, nahas itu menyebabkan bahagian kepala treler berkenaan tertanggal di tengah-tengah penghadang besi dan badan melintang di atas jalan, manakala pemandunya dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

“Semua lorong tidak dapat digunakan akibat kejadian itu, namun lorong tengah dan kiri dibuka semula pada jam 6 petang selepas proses pengalihan treler serta pembersihan jalan dilakukan.

“Bagaimanapun, lorong kanan masih ditutup (setakat petang tadi) memandangkan serpihan pembahagi jalan (guardrail) masih berada di lokasi,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, sesiapa ada maklumat mengenai insiden terbabit boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Faliq melalui talian 012-3066050 atau ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Nahas treler, lebuh raya sesak 2 jam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading