Covid-19: Apakah Kerajaan Perpaduan Akan Laksanakan PKP Semula?

Covid-19 Apakah Kerajaan Perpaduan Akan Laksanakan PKP Semula

Covid-19: Apakah Kerajaan Perpaduan Akan Laksanakan PKP Semula?

Sebanyak 3,626 kes COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu dari 19 hingga 25 November lalu.

Ianya adalah peningkatan sebanyak 57.3% berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata majoriti kes iaitu 48% membabitkan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun.



Dan lebih 98% hanya bergejala ringan.

Beliau berkata kes mingguan COVID-19 dikesan telah melepasi angka 1,000 pada setiap minggu sejak ME 41/2023 hingga ME 47/2023.

Kadar peningkatan dicatatkan antara 7.1 hingga 57.3%.

Dr Muhammad Radzi berkata terdapat lapan kluster COVID-19 yang masih aktif dilaporkan dengan 121 kes terlibat dalam kluster berkenaan.



“Jumlah kumulatif kluster yang dilaporkan hingga ME 47/2023 ialah 7,248”.

“Majoriti kluster yang dicatatkan ialah kluster pendidikan”.

“Kemasukan pesakit COVID-19 termasuk yang disyaki virus itu ke fasiliti kesihatan meningkat kepada 2.9 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 47/2023 berbanding minggu sebelumnya”.

“Pada ME 47/2023, pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 0.4 peratus”.



“Manakala pengisian katil bukan kritikal COVID-19 (0.9%) dan pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) kekal pada 0.2%”.

“Empat varian Omicron baharu dilaporkan pada ME 47/2023 yang kesemuanya terdiri daripada varian membimbangkan (VOC)”.

“2 kes varian Omicron baharu BA.2.86 dilaporkan di Malaysia pada ketika ini dengan kedua-dua kes dirawat sebagai pesakit luar dan dalam keadaan stabil,” jelas beliau.

Dengan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia yang semakin membimbangkan, timbul persoalan, adakah Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?



Sekiranya PKP terpaksa dilaksanakan semula, apakah kerajaan sudah membuat perancangan yang teliti untuk menghadapinya?

Apa pun keputusan kerajaan, pasti rakyat akan menerimanya dengan akur asal sahaja ianya untuk kebaikan rakyat dan negara.

Yang tidak mahu kita dengar adalah akan wujudnya skandal Jana Wibawa 2.0 sekiranya PKP dikuatkuasakan.

Covid-19: Apakah Kerajaan Perpaduan Akan Laksanakan PKP Semula?

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading