Sirul Mungkin Di Tahan Semula Di Australia

Sirul Mungkin Di Tahan Semula Di Australia

Sirul Mungkin Di Tahan Semula Di Australia

Kebebasan bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mungkin tidak bertahan lama selepas Parlimen Australia meluluskan rang undang-undang baharu.

Rang Undang Undang tersebut membolehkan penahanan semula kumpulan pesalah berisiko tinggi yang dibebaskan dari tahanan imigresen negara itu.

Undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Perwakilan pada lewat Rabu lalu.

Sebelum itu ia telah diluluskan senat sehari sebelumnya, tanpa sebarang perdebatan hangat, menurut laporan media Australia.

Mengikut undang-undang baharu itu, penjenayah bukan warganegara yang dibebaskan dari tahanan akan ditahan semula sekiranya mereka berisiko tinggi melakukan keganasan atau jenayah seksual.

Menurut Guardian, Menteri Imigresen Andrew Giles tidak pasti berapa ramai daripada 148 warga asing yang dibebaskan itu akan ditahan semula.

Bagaimanapun undang-undang baharu untuk menahan semula warga asing itu akan terpakai terhadap mereka yang melakukan jenayah yang paling buruk, bukannya semua kumpulan tersebut.

Ini kemungkinan termasuk mereka yang disabitkan dengan kesalahan membunuh, rogol dan pedofilia.

Bagaimana pun, menteri itu enggan memberitahu bila tahanan semula akan berlaku.

Mereka yang dianggap sebagai penjenayah ganas dipasang dengan peranti pemantauan elektronik.

Mereka juga akan dikenakan sekatan waktu selepas mereka dibebaskan lebih tiga minggu yang lalu.

Sirul dijatuhi hukuman mati selepas yang didapati bersalah kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu bersama seorang lagi bekas anggota polis Azilah Hadri.

Sirul melarikan diri ke Australia pada 2015 sebelum Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Dia ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood sebelum dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi di Australia pada bulan lalu.

Sirul Mungkin Di Tahan Semula Di Australia

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker