Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO

Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO

Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO

Perikatan Nasional sedar, sekiranya mereka tidak dapat merampas Putrajaya secepat mungkin, mereka akan menghadapi masalah besar.

Ramai pemimpin utama mereka seperti Muhyiddin, Wan Saiful, Azmin Ali, Sanusi Mohd Nor dan beberapa orang lagi akan mula turun naik mahkamah tahun hadapan.

Malah, penulis difahamkan, masih ramai lagi berada dalam senarai menunggu.



Jadi, tidak hairan apabila Perikatan Nasional dilihat semakin terdesak untuk memujuk ahli parlimen UMNO untuk berpaling tadah.

Setiausaha UMNO Johor, Abdul Halim Suleiman, mendedahkan ada pemimpin PN mahu berunding dengan ahli parlimen UMNO untuk bersama mereka.

Namun setakat ini, kesemua rundingan itu ditolak mentah-mentah oleh sebahagian besar ahli parlimen UMNO.

“Sebenarnya, PN kini makin cemas”.



“Mereka sedar dan tahu, akan ada lagi ahli parlimen PN akan beralih sokongan kepada kerajaan”.

“Ini adalah kerana kegagalan PN sendiri menjaga kepentingan pemimpin dan rakyat yang memilih mereka pada PRU15 lalu”.

“Jadi, apabila tahu BN tewas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, saya berlapang dada”.

“Sebenarnya PN hanya menang satu kerusi tapi sudah hilang sokongan lima kerusi lain”.



“Jadi, langkah ke Putrajaya mereka ibarat angan-angan Mat Jenin sajalah”.

“Kemenangan PN pada PRK Kemaman, menyebabkan pemimpin PN terus menerus memainkan isu pertukaran kerajaan”.

“Sedangkan impian itu cukup jauh panggang dari api”.

“Ketika berseronok menang dan menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kemaman, mereka sedar kekuatan di Parlimen semakin goyah”.



“Seorang demi seorang pemimpin PN menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan”.

“Daripada maklumat yang saya dengar, PN enggan berunding dengan kerajaan sebab sibuk nak ambil alih Putrajaya ikut pintu belakang,” katanya.

Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading