Yang Menjadi Isu Adalah Hukum Konsert Separuh Bogel

Yang Menjadi Isu Adalah Hukum Konsert Separuh Bogel

Sebelum konsert Coldplay, pemimpin Perikatan Nasional, terutamanya dari PAS telah mengkritik hebat kerajaan.

Hujah yang diberikan kerana ahli kumpulan Coldplay adalah pengamal seks luar tabie atau lebih dikenali sebagai pengamal LGBT.

Sebelum itu, penulis mesti menerangkan bahawa penulis bukan peminat Coldplay atau pengamal LGBT.

Malah mana satu lagu Coldplay pun penulis tidak tahu.



Bagi penulis, sekiranya yang mengkritik kerajaan adalah pemimpin pembangkang, itu adalah perkara biasa.

Tetapi apabila yang mengkritik adalah seorang agamawan yang menggelarkan diri mereka penceramah bebas, itu adalah luarbiasa.

Apa lagi apabila ‘penceramah bebas’ tersebut cuba mengalihkan tiang gol untuk menutup sikap ‘dwi standard’ pembangkang, terutamanya PAS.

Spin Agamawan Yang Mengaku Sebagai Penceramah Bebas

Sebelum konsert Coldplay berlangsung, ‘penceramah bebas’, Ustazah Asma’ Harun, dengan lantang mengkritik konsert tersebut.



Malah, penulis difahamkan, kritikan beliau sehingga mendoakan kecelakaan ketika konsert tersebut kerana menganggap ianya sebagai pesta maksiat.

Tetapi, ditakdirkan Allah SWT, selepas konsert Coldplay, tular di media sosial mengenai konsert separuh bogel di Bachok, Kelantan.

Negeri yang digelar serambi Mekah dan ditadbir oleh pemimpin dari parti politik yang disokong oleh Asma’.

Penulis tidak mengatakan konsert Coldplay adalah konsert patuh syariah.

Bagi penulis, yang benar itu tetap benar dan yang salah itu tetap salah, tidak kira siapa yang melakukannya.

Rasulullah SAW bersabda:

عَنِ أَبِيْ عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:  إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ

Mafhumnya:

Dari Abu ‘Abdillah Nu’man bin Basyir ra berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu telah jelas dan yang haram pun telah jelas”.

Tetapi berbeza dengan Asma’, beliau cuba mengalihkan isu pokok mengenai pendapat beliau tentang konsert separuh bogel di Bachok, Kelantan.

Yang beliau tekankan dalam penjelasan beliau adalah pesta maksiat di konsert Coldplay diiklankan secara besar-besaran.

Yang diminta oleh netizen adalah ulasan beliau mengenai konsert separuh bogel di Bachok.

Kalau mengikut penjelasan Asma’, adakah kerana konsert separuh bogel di Bachok tidak diiklankan secara besar-besaran, maka ianya ‘halal’?

Dan untuk pengetahuan Asma’, kerajaan yang meluluskan konsert Coldplay adalah kerajaan sebelum ini.

Yang menjadi Menteri Agama ketika itu adalah Idris Ahmad, beliau pemimpin parti mana?

Mungkin Asma’ boleh dicalonkan sebagai Ketua Muslimat PAS dalam pemilihan parti yang akan datang.

 

Yang Menjadi Isu Adalah Hukum Konsert Separuh Bogel

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker