Mampukah Kemenangan Dr Sam Bawa PN Ke Putrajaya?

Mampukah Kemenangan Dr Sam Bawa PN Ke Putrajaya

Mampukah Kemenangan Dr Sam Bawa PN Ke Putrajaya?

Sejak Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri, menang bergaya dalam PRK Kemaman, ahli politik Perikatan Nasional dilihat semakin ghairah untuk ke Putrajaya.

Dr Samsuri berkata, kemenangan PAS dengan majoriti besar merupakan ‘game changer’ kepada PN menuju ke Putrajaya.

Kini, Dr Samsuri sudah boleh dianggap sebagai ahli parlimen.



Cuma tunggu beliau mengangkat sumpah di hadapan YDP Dewan Rakyat untuk mengesahkan status beliau.

Persoalannya, apakah selepas berjaya menjadi ahli parlimen Kemaman, Dr Samsuri boleh membawa Perikatan Nasional ke Putrajaya?

Kedudukan Sebagai Ketua Kerajaan Negeri Memberikan Kelebihan

Pertama sekali, Perikatan Nasional mesti sedar diri.

Kemenangan Dr Samsuri tidak memberikan apa-apa tambahan kerusi Perikatan Nasional di Dewan Rakyat.



Sebelum Mahkamah Pilihanraya membatalkan kemenangan Che Alias (PAS), parlimen Kemaman sememangnya milik PAS.

Dalam artikata lain, kemenangan Dr Samsuri hanya mengekalkan kerusi PAS di parlimen Kemaman dan bukannya menambah kerusi parlimen PAS.

Benar, berlaku penambahan majoriti, tetapi sebenarnya tidak ada yang istimewa kerana Dr Samsuri adalah Menteri Besar Terengganu.

Sebagai contoh, dalam PRU 14, Sulaiman Md Ali memenangi DUN Lendu dengan majoriti hanya 627 undi.



Tetapi selepas beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka, pada PRN Melaka 2021, beliau memenangi DUN Lendu dengan majoriti 3,104 undi.

Pertambahan majoriti undi sebanyak hampir 500%!!!

Faktor utama penambahan undi adalah kerana ketika PRN Melaka 2021, Sulaiman Md Ali adalah Ketua Menteri Melaka.

Jadi apa istimewanya pertambahan majoriti undi kepada Dr Samsuri dalam PRK Kemaman?



Apa lagi apabila Dr Samsuri berhadapan dengan seorang pendatang baharu dalam dunia politik.

Kedudukan Perikatan Nasional Dalam Dewan Rakyat

Untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada, Perikatan Nasional mesti mempunyai sokongan sekurang-kurangnya 112 ahli parlimen.

Realitinya, kedudukan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat kini sedang merapuh dan bukannya semakin mengukuh.

Kemenangan Dr Samsuri tidak memberikan sebarang tambah nilai dari sudut bilangan ahli parlimen yang dimiliki Perikatan Nasional di Dewan Rakyat.



Di campur dengan kemenangan Dr Samsuri, Perikatan Nasional kini hanya mempunyai 69 ahli parlimen.

Mereka memerlukan sekurang-kurangnya sokongan dari 43 ahli parlimen untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.

Mampukah mereka mempengaruhi ahli parlimen seramai itu untuk menyokong mereka?

Kesimpulannya, kemenangan Dr Samsuri boleh membawa Perikatan Nasional ke Putrajaya.



Bukan sebagai pentadbir negara, tetapi rombongan lawatan ahli parlimen ke pusat pentadbiran negara.

Buat kata orang, cuba ambil berkat.

 

Mampukah Kemenangan Dr Sam Bawa PN Ke Putrajaya?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading