Saifuddin Perlu Jaga Ahli Parlimen PPBM Sebelum Idamkan Ahli Parlimen UMNO

Saifuddin Perlu Jaga Ahli Parlimen PPBM Sebelum Idamkan Ahli Parlimen UMNO

Saifuddin Perlu Jaga Ahli Parlimen PPBM Sebelum Idamkan Ahli Parlimen UMNO

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Saifuddin Abdullah, perlu selesaikan sokongan ahli parlimen PPBM sebelum mengidamkan sokongan ahli parlimen BN.

Dalam satu kenyataan, Saifuddin berkata pemimpin Umno perlu berfikir dengan lebih mendalam dan menilai semula kerjasama mereka dalam PH.

Saifuddin juga mendakwa usaha Perikatan Nasional untuk ke Putrajaya sebagai mewakili hasrat rakyat dan bukan hasrat Perikatan Nasional sahaja.



“Ramai rakyat sentiasa bertanya bila pertukaran kerajaan akan berlaku”.

“Soal ke Putrajaya itu memang menjadi hasrat oleh rakyat”.

“Dulu ketika berlaku pertukaran kerajaan, ia berlaku secara senyap-senyap”.

“Tapi hari ini kita pergi ke mana-mana, rakyat bertanya ‘bila lagi?”.



“Pada saya, keputusan PRK Kemaman itu adalah salah satu suntikan yang penting dalam proses menuju ke Putrajaya”.

“Umno perlu kembali ke perjuangan asal mereka”.

“Ini bukan isu rasis, rata-rata orang Melayu dan bumiputera risau apabila gabungan politik yang memerintah itu melibatkan sesuatu parti yang berhaluan kiri”.

“Ini mesej yang disampaikan pengundi di Kemaman”.



“Sebelum ini di Kuala Terengganu, orang Melayu tidak mahu Umno bersekongkol dengan DAP,” katanya dalam sidang media di Kuantan.

Pada pandangan penulis, sebelum Saifuddin bercakap mengenai parti berhaluan kiri dalam Kerajaan Perpaduan, eloklah beliau kenali dahulu siapa parti Gerakan dalam Perikatan Nasional.

Beberapa soalan penulis berikan kepada Saifuddin:

  • Siapakah pencetus Tragedi 13 Mei 1969?
  • Siapakah yang benar-benar memperjuangkan supaya abu Chin Peng dibenarkan di bawa masuk ke Malaysia?
  • Siapakah yang lantang memperjuangkan sekolah vernakular?
  • Siapakah yang lantang menentang pengenalan tulisan Jawi?

Benar, dahulu DAP dilihat sebagai parti politik yang agak cauvanis, tetapi kepimpinan DAP sudah berubah.



Sejak menjadi kerajaan selepas PRU 15, pernahkah timbul isu yangb berkaitan sensitiviti perkauman atau keagamaan dari DAP?

Yang banyak menunggang isu agama adalah PAS, bos PPBM dalam Perikatan Nasional.

Ironiknya, semakin lantang pemimpin PN melaungkan keyakinan menawan Putrajaya, semakin ramai mereka kehilangan sokongan dari ahli parlimen mereka sendiri.

Saifuddin Perlu Jaga Ahli Parlimen PPBM Sebelum Idamkan Ahli Parlimen UMNO

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading