Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

Soalan dan harapan yang masih berlegar di minda penyokong DS Najib sama ada akar umbi UMNO atau dari luar UMNO adalah bilakah DS Najib akan dibebaskan.

Setiap kali pemimpin UMNO diberikan tekanan dengan persoalan tersebut, maka pelbagai alasan mereka berikan.

Bersabar, ‘sesuatu’ sedang dilakukan…

Kita mesti melakukannya dengan bijak supaya ianya tidak menjadi satu isu yang besar yang akhirnya akan dijadikan senjata oleh musuh…

Sudah ada cahaya di hujung terowong, YDP Agong akan memberikan pengampunan sebelum baginda berangkat balik ke Pahang…

4 orang pemimpin dari UMNO dan kerajaan sedang ‘melakukan sesuatu’, tetapi ianya mesti dirahsiakan…

Sudah ada tarikh untuk DS Najib mendapat pengampunan, cuma masih belum diumumkan secara rasmi kerana ianya akan mendahului YDP Agong…

Itulah jawapan yang sering diberikan untuk menenangkan atau menutup mulut penyokong DS Najib.

Tetapi, benarkah ‘sesuatu’ sedang dilakukan ke arah itu?

Penulis dedahkan dan pembaca nilaikan sendiri.

Memo Dalaman Jabatan Peguam Negara Hanya Melepaskan DS Zahid

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid telah diberikan DNAA oleh Mahkamah Tinggi dalam kes beliau.

Alasan yang digunakan oleh Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan kes adalah kerana memo dalaman yang telah tular.

Oleh kerana pihak pendakwaan sendiri sudah memohon supaya mahkamah memberikan DNAA, maka mahkamah tidak mempunyai pilihan.

Akhirnya mahkamah membuat keputusan untuk memberikan DNAA (lepas tanpa bebas) kepada DS Zahid.

Tetapi jangan lupa, memo yang sama ke atas kes DS Najib telah tular terlebih dahulu sebelum memo dalaman kes DS Zahid.

Persoalannya, mengapa memo yang mempunyai kandungan yang sama dan dari jabatan yang sama hanya membebaskan DS Zahid.

Mengapa kes DS Najib masih diteruskan?

Kenyataan Dari Ketua Peguambela DS Najib, TS Shafee Abdullah

Kenyataan Ketua Peguambela DS Najib, TS Shafee Abdullah, sangat memeranjatkan penulis.

Dalam kenyataan beliau dalam rancangan podcast Keluar Sekejap (rujuk 1:31:46 ke atas), TS Shafee menjelaskan beliau akan menghantar surat peringatan kepada Lembaga Pengampunan.

Tujuan surat peringatan tersebut adalah untuk mengingatkan Lembaga Pengampunan mengenai permohonan pengampunan DS Najib.

Menurut TS Shafee, walau pun sudah sepuloh bulan dari tarikh pertama kali surat pengampunan dihantar, Lembaga Pengampunan masih belum memberikan jawapan.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Dari penerangan beberapa pemimpin UMNO, kononnya permohonan pengampunan DS Najib ditangguhkan kerana belum menepati syarat tempoh beliau dipenjarakan.

Kononnya DS Najib mesti menjalani tempoh pemenjaraan sekurang-kurangnya 2/3 dari hukuman sebelum layak dipertimbangkan.

Persoalannya, dari mana pemimpin tersebut mendapat fakta ini?

Agak pelik, TS Shafee sebagai Ketua Peguambela DS Najib tidak mengetahuinya, tetapi pemimpin berkenaan mengetahuinya?

Adakah Lembaga Pengampunan lebih mengutamakan untuk memberi jawapan kepada pemimpin tersebut dari TS Shafee?

Apa yang boleh ditafsirkan dari kenyataan TS Shafee yang menyebut ‘Lembaga Pengampunan belum memberikan sebarang jawapan’.

Ini bermaksud, tidak ada permintaan atau desakan supaya permohonan pengampunan DS Najib diangkat kepada YDP Agong untuk dipertimbangkan.

Dalam artikata lain, tidak ada usaha dari pemimpin UMNO dari dalam atau luar kerajaan yang memperjuangkan keadilan untuk DS Najib.

Apakah dakwaan kononnya sesuatu sedang dilakukan hanyalah satu penipuan?

Siapa tipu siapa???

 

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker