Kemenangan Besar PRK Kemaman Bakal Lenyapkan Legasi Nik Aziz Dalam PAS

Kemenangan Besar PRK Kemaman Bakal Lenyapkan Legasi Nik Aziz Dalam PAS

Kemenangan Besar PRK Kemaman Bakal Lenyapkan Legasi Nik Aziz Dalam PAS

Mantan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat, bukanlah satu nama asing dalam dunia politik tanah air.

Malah kepada ahli PAS di seluruh negara, walau pun sudah lebih 5 tahun Nik Aziz meninggal dunia, beliau masih lagi menjadi idola mereka.

Bagi penyokong PAS yang berada di luar parti, aura Nik Aziz menjadi sebab utama mengapa mereka menyokong parti tersebut.



Bagi mereka Nik Aziz adalah PAS dan PAS adalah Nik Aziz.

Mengkhianati PAS berarti mereka mengkhianati Nik Aziz.

Sesuatu yang tidak mungkin mereka lakukan.

Malah, tidak dapat dinafikan, Hadi Awang sama ada secara rela atau tidak, terpaksa bernaung di bawah aura Nik Aziz untuk mengekalkan kedudukan beliau.



Ini terbukti apabila Hadi Awang terpaksa melantik Nik Abduh sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS untuk mengelakkan beliau ditolak oleh penyokong Nik Aziz.

Namun, kemenangan besar PAS Terengganu di dalam PRN Terengganu dan PRK Kemaman telah mengubah keadaan.

Kini Hadi Awang sudah boleh merasa selesa untuk keluar dari bayang-bayang Nik Aziz.

Kejayaan besar PRN Terengganu yang menyapu bersih kesemua kerusi DUN telah menjadikan PAS Terengganu lebih dominan dari PAS Kelantan.



Keadaan ini diperkukuhkan dengan kemenangan bergaya Dr Samsuri yang juga menteri besar Terengganu di PRK Kemaman.

Berbanding dengan pencapaian PAS Kelantan, PAS Terengganu kini berada di atas PAS Kelantan.

Apa lagi apabila Dr Samsuri telah diisytiharkan sebagai calon perdana menteri Perikatan Nasional di masa hadapan.

Dan cadangan ini telah pun direstui oleh pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin.



Besar kemungkinan Dr Samsuri akan dicadangkan untuk menggantikan Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang dari Perikatan Nasional.

Secara perlahan-lahan, aura Nik Aziz akan ditenggelamkan oleh kejayaan demi kejayaan PAS Terengganu.

Kemenangan Besar PRK Kemaman Bakal Lenyapkan Legasi Nik Aziz Dalam PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button