Sudah Sampai Masanya Hamzah Serahkan Jawatan Ketua Pembangkang Kepada Dr Sam

Sudah Sampai Masanya Hamzah Serahkan Jawatan Ketua Pembangkang Kepada Dr Sam

Sudah Sampai Masanya Hamzah Serahkan Jawatan Ketua Pembangkang Kepada Dr Sam

Kemenangan Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri Mokhtar dari PAS dalam PRK Kemaman sememangnya sudah diduga.

Tetapi penambahan majoriti kemenangan sebanyak lebih dari 10,000 undi adalah satu kejayaan yang mengejutkan.

Pada PRU 15, calon PAS yang dibatalkan kemenangan, Che Alias Hamid, telah mendapat 27,179 undi majoriti.



Tetapi dalam PRK Kemaman yang baru selesai, Dr Samsuri mendapat 37,220 undi majoriti, pertambahan sebanyak 10,041 undi majoriti.

Di dalam kempen PRK Kemaman, Dr Samsuri telah di war-warkan sebagai calon perdana menteri dari Perikatan Nasional di masa hadapan.

Dari kemenangan bergaya Dr Samsuri di PRK Kemaman, sememangnya beliau layak menjadi calon perdana menteri Perikatan Nasional.

Malah, pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin sendiri dilihat sudah merestui Dr Samsuri sebagai calon perdana menteri dari Perikatan Nasional.



Walau pun di peringkat pusat Dr Samsuri boleh dianggap sebagai pendatang baharu, tetapi beliau mempunyai pengalaman mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.

Jadi tidak ada masaalah untuk beliau mengetuai sebuah kerajaan dalam skala yang lebih besar.

Dari sudut politik pula, Dr Samsuri sudah terbukti berjaya memimpin PAS untuk menyapu bersih semua kerusi DUN dalam PRN Terengganu.

Tetapi sebelum boleh mengetuai kerajaan pusat, Dr Samsuri terlebih dahulu mesti diberi kesempatan untuk mengetuai pembangkang kerana Perikatan Nasional kini adalah pembangkang di pusat.



Untuk itu, Ketua Pembangkang yang ada sekarang, Hamzah Zainuddin, mesti berlapang dada untuk memberi laluan kepada Dr Samsuri.

Dari sudut pencapaian pilihanraya, jumlah majoriti yang diperolehi Hamzah jauh berbeza dari Dr Samsuri.

Dalam PRU 15, Hamzah cuma mampu mendapat undi majoriti sebanyak 11,598 undi di kawasan tradisi beliau dan ketika beliau menjawat jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional.

Malah Hamzah juga gagal untuk menguruskan Perikatan Nasional Perak dengan baik apabila tidak dapat menjadi kerajaan negeri, walau pun hanya memerlukan sokongan dari beberapa ADUN lagi.



Persoalannya, mapakah Hamzah akan berlapang dada atau mahu menunggu desakan dari PAS?

Sudah Sampai Masanya Hamzah Serahkan Jawatan Ketua Pembangkang Kepada Dr Sam

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button