Elon Musk Tolak Jemputan HAMAS Lawat Gaza

Elon Musk Tolak Jemputan HAMAS Lawat Gaza

Elon Musk Tolak Jemputan HAMAS Lawat Gaza

Elon Musk menolak udangan HAMAS untuk melawat Gaza.

Ia bagi melihat sendiri kemusnahan yang berlaku akibat serangan kejam tentera Israel, lapor akhbar Palestine Chronicle.

Pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan berkata semasa sidang akhbar di Lebanon.



“HAMAS berbesar hati untuk menunjukkan kemusnahan di Gaza kepada Musk”.

“Pergerakan Penentangan Palestin berbesar hati mahu menunjukkan kepada Musk tahap pembunuhan beramai-ramai”.

“Serta kemusnahan yang dilakukan terhadap penduduk Gaza, dengan mematuhi piawaian objektiviti dan kredibiliti,” katanya kelmarin.

Namun, ketika disoal oleh seorang pengguna X mengenai jemputan tersebut, Musk menjawab bahawa keadaan tidak mengizinkan untuk beliau pergi ke Gaza ketika ini.



“Ia (situasi) kelihatan agak berbahaya ketika ini”.

“Namun, saya percaya bahawa Gaza yang makmur bagi jangka panjang adalah baik untuk semua pihak,” katanya.

Jemputan Hamas dibuat selepas beliau melawat Israel dan bertemu, Benjamin Netanyahu awal minggu ini.

Bilionair tersebut turut mengadakan perbincangan dengan Netanyahu.



Beliau bersetuju dengan pendapat bahawa mereka yang mahu melakukan pembunuhan perlu dimusnahkan sebagai merujuk kepada kumpulan HAMAS.

“Pertama sekali, anda perlu menghapuskan rejim berbahaya seperti yang anda lakukan kepada Jerman dan Jepun ketika Perang Dunia Kedua,” kata Netanyahu.

“Tiada pilihan lain, tiada pilihan lain,” jawab Musk.

Dalam lawatan tersebut, Musk melawat Kfar Aza di kawasan Kibbutz yang diserang kumpulan Hamas pada 7 Oktober lalu.



Selepas Gaza mengalami gangguan internet kerana diserang askar Israel, Musk telah mencadangkan supaya Starlink digunakan oleh organisasi bantuan utama di wilayah itu.

Berdasarkan perjanjian terbaharu, Starlink hanya boleh digunakan di Israel dan Gaza selepas mendapat kelulusan Rejim Zionis.

Elon Musk Tolak Jemputan HAMAS Lawat Gaza

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading