‘Ustaz Muhyiddin’: Tinggalkan UMNO Dapat Pahala

Ustaz Muhyiddin Tinggalkan UMNO Dapat Pahala

‘Ustaz Muhyiddin’: Tinggalkan UMNO Dapat Pahala

Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, mengulangi ‘fatwa’ yang pernah beliau keluarkan ketika kempen PRN Johor bulan Februari lepas.

“Kawan-kawan lama saya, orang UMNO lupakanlah UMNO”.

“Apa hukumnya?”.



“Harus, mungkin juga sunat agaknya”.

“Dapat pahala hijrah, macam Rasulullah SAW, hijrah meninggalkan yang lama, zaman-zaman gelap kerana UMNO sudah hancur dibuat oleh Zahid,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah perdana di Dataran Bazar Kampung Baru, Kerteh pada malam Isnin.

Cuma beza kali ini Hadi Awang tidak berada di atas pentas untuk tersengih sambil mengangguk kepala.



Maklumlah, kini Hadi sudah merasakan bahawa beliau lebih berkuasa dalam Perikatan Nasional berbanding Muhyiddin.

Mungkin PAS sudah menganggap kehadiran Muhyiddin dalam Perikatan Nasional tidak lebih sebagai pemain tambahan dalam gabungan parti tersebut.

Berbalik kepada ‘fatwa’ yang Muhyiddin keluarkan.

Ironiknya, ketika beliau menyeru ahli dan pemimpin UMNO keluar meninggalkan parti tersebut, perkara sebaliknya sedang berlaku.



5 orang ahli parlimen PPBM sudah rasmi mengalihkan sokongan mereka kepada Kerajaan Perpaduan di Dewan Rakyat.

Sekiranya tidak ada Akta Anti Lompat Parti, penulis yakin, kelima-lima mereka sudah meninggalkan PPBM.

Yang menghalang mereka untuk meninggalkan PPBM hanyalah Akta Anti Lompat Parti.

Ini belum lagi diambil kira jumlah ahli PPBM di peringkat akar umbi yang sudah meninggalkan parti tersebut.



Jumlah perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan PPBM jelas memberikan gambaran betapa PPBM adalah ‘parti terbesar’ di Malaysia.

Lakonan Muhyiddin yang kononnya mahu berundur dan kemudian ‘u-turn’ dalam tempoh 24 jam jelas membawa mesej ketakutan beliau terhadap ahli parti sendiri.

Penulis berpendapat, Muhyiddin perlukan cermin yang cukup besar dan perlu di bawa bersama-sama beliau setiap masa dan ketika.

 



‘Ustaz Muhyiddin’: Tinggalkan UMNO Dapat Pahala

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading