Benarkah Populariti Perdana Menteri Jatuh Selepas Setahun Berkuasa Adalah Perkara Biasa

Benarkah Populariti Perdana Menteri Jatuh Selepas Setahun Berkuasa Adalah Perkara Biasa

Benarkah Populariti Perdana Menteri Jatuh Selepas Setahun Berkuasa Adalah Perkara Biasa

Dalam usaha mempertahankan Anwar, Rafizi berkata ianya perkara biasa populariti pemimpin akan merosot selepas 1 tahun dalam kuasa.

Ianya usaha Rafizi untuk merasionalkan menurun ‘polling’ Merdeka Center yang mendapati populariti Anwar menurun selepas setahun menjadi perdana menteri.

Apakah kenyataan Raja Formula itu mempunyai asas?



Mengikut Merdeka Center, populariti DS Najib naik dari 44% ketika dia mula jadi perdana menteri pada April 2009 ke 68% pada Mac 2010.

Populariti DS Najib terus naik lagi kepada 72% pada Mei 2010 iaitu setahun selepas DS Najib menjadi perdana menteri.

Ketika itu DS Najib mendapat sokongan dari 77% Melayu, 58% Cina dan 80% India, iaitu majoriti semua kaum utama Malaysia.

Mengapa?



Populariti DS Najib naik kerana rakyat melihat beliau benar-benar membuat kerja dan berkesan.

DS Najib benar-benar ikhlas untuk transformasikan negara ke arah negara maju yang berpendapatan tinggi dengan program serta rancangannya yang terperinci.

Ianya berbeza dengan rating kesemua perdana menteri selepas PRU14 yang jatuh selepas setahun sebab rakyat mula sedar mereka tertipu.

DS Najib tidak menipu atau menabur janji palsu.



Beliau hanya buat kerja dengan senyap dan ikhlas.

Tetapi sokongan pada DS Najib merosot selepas itu bila mereka mula kuat menipu dan menghasut rakyat.

Pelbagai isu dicipta untuk dijadikan fitnah untuk memburukkan imej DS Najib.

1MDB serta DS Najib yang kononnya mencuri RM2.6bilion (terbukti tidak benar dalam mahkamah). Negara ke arah bankrap di bawah pimpinan DS Najib.



Juga DS Najib difitnah menjual kedaulatan negara.

Regim cukai GST yang DS Najib perkenalkan kononnya menindas rakyat.

DS Najib dituduh zalim kerana merasionalisasikan subsidi.

Tidak cukup dengan itu, DS Najib dituduh merasuah pengundi dengan BR1M.



Mereka cipta persepsi DS Najib rasis kerana kononnya berkata ‘apa lagi Cina mahu’ (kemudian didapati bukan DS Najib yang cakap).

Pembunuhan Teo Beng Hock, Altantuya, Kevin Morais juga dikaitkan dengan DS Najib.

Namun kesemuanya terbukti adalah penipuan selepas PRU14.

Benarkah Populariti Perdana Menteri Jatuh Selepas Setahun Berkuasa Adalah Perkara Biasa

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading