Johor eksport nangka ke China tahun depan

Johor eksport nangka ke China tahun depan

Johor eksport nangka ke China tahun depan
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Johor Bahru: Johor bakal mengeksport nangka ke negara China bermula awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama pengusaha tempatan akan melaksanakan penghantaran percubaan pertama eksport nangka ke China tahun depan.

Katanya susulan pelaksanaan protokol baharu berkaitan keperluan pemeriksaan dan kuarantin dimeterai kerajaan Malaysia dan China pada 1 April lalu, ia membuka peluang pasaran eksport baharu negara meneroka peluang potensi jualan di negara berkenaan.



“Selain daripada nanas dan juga durian, nangka juga menjadi salah satu buah yang berpotensi untuk dieksport.

“Terdapat dua syarikat pengeluar nangka iaitu Kawan Pertanian Sdn Bhd dan CSC Sdn Bhd melepasi protokol dan kriteria berkaitan keperluan pemeriksaan dan kuarantin untuk eksport nangka ke negara tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?


“Dengan kerjasama dua pengusaha tempatan ini, kita akan melaksanakan penghantaran percubaan pertama eksport nangka ke China membabitkan 500 hingga 600 metrik tan yang dihantar menggunakan 100 kontena setahun.

“Sekiranya berjaya, ini adalah peluang yang besar bukan sahaja untuk negeri tetapi juga pengusaha tempatan. Nangka berpotensi untuk disambut baik seperti durian dan nanas memandangkan China adalah pasaran yang besar,” katanya pada sidang media di Kota Iskandar di sini hari ini.



Jelas Zahari, kedua syarikat terbabit berjaya melepasi protokol yang ditetapkan Jabatan Pertanian China.

Namun katanya selepas eksport ini berjaya, kerajaan negeri juga turut mengalu-alukan pengusaha tempatan yang lain bagi sama-sama memenuhi pasaran eksport nangka ke China.

“Terdapat seramai 277 pengusaha nangka membabitkan tanah seluas 564 hektar dan pengeluaran 7,600 metrik tan.

“Sebelum ini, Johor hanya mengeksport nangka ke Singapura, namun pasaran yang terhad,” katanya.

Johor eksport nangka ke China tahun depan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker