Dana Aman Palestin Di Guna Untuk Membeli Aset Syarikat Proksi

Dana Aman Palestin Di Guna Untk Membeli Aset Syarikat Proksi

Dana Aman Palestin Di Guna Untuk Membeli Aset Syarikat Proksi

Siasatan awal SPRM mendapati penyaluran dana awam kepada Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) ada yang digunakan untuk membeli aset atas nama syarikat proksi.

Menurut sumber, perincian penyaluran dana membabitkan pembelian aset atas nama syarikat proksi itu masih dalam siasatan.

Penyaluran dana pelaburan dipercayai kepada syarikat proksi, dan pembelian aset atas nama proksi.



“Syarikat proksi yang ditubuhkan untuk pelaburan itu juga mendapat dana dari Aman Palestin,” jelas sumber SPRM tersebut.

Sumber turut mengesahkan SPRM ada menyita emas, telefon bimbit dan komputer riba selain dokumen.

SPRM dalam proses mengenal pasti aset pertubuhan Aman Palestin dipercayai diperolehi hasil penyelewengan RM70 juta dana orang awam.

Sebelum ini SPRM mengesahkan sudah membeku 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain pertubuhan Aman Palestin.



Jumlah aset yang telah dibekukan dilapurkan berjumlah RM15,868,762 selepas didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

“SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu”.

“Siasatan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta AMLATFPUAA 2001 dan Seksyen 574 Kanun Keseksaan,” menurut sumber SPRM.

SPRM turut merakam keterangan beberapa saksi penting.



Hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta.

Dana tersebut digunakan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

Masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang spekulasi atau konklusi dalam siasatan yang dijalankan kerana ianya masih di peringkat permulaan.

Namun begitu, sekiranya benar apa yang didakwa, adalah satu perbuatan yang sangat tidak wajar telah dilakukan oleh pihak pengurusan Aman Palestin.



Dana yang orang ramai salurkan adalah untuk tujuann disalurkan untuk membantu saudara kita di Palestin.

Bukan untuk diniagakan untuk mencari keuntungan.

 

Dana Aman Palestin Di Guna Untuk Membeli Aset Syarikat Proksi

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button