Muhyiddin Ulangi Drama Mahathir Di PAU 2002, Hamzah Main Watak Hero

Muhyiddin Ulangi Drama Mahathir Di PAU 2002, Hamzah Main Watak Hero

Ingat lagi drama swasta ketika PAU 2002?

“I’ve decided, dah lama dah…๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ,” jerit Dr Mahathir yang menjadi Presiden UMNO ketika itu.

“Why, whyyy…๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜,” jerit Rafidah Aziz yang menjadi Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Itu antara dialog drama swasta PAU 2002.

Mungkin generasi Tiktok hari ini masih kecil atau ramai juga yang masih belum dilahirkan lagi ketika itu.

Tetapi bagi yang seangkatan dengan penulis, drama ahli politik yang sebegitu sudah sangat memualkan.

Kini, drama yang sama cuba diulangi oleh Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM 2023.

Dalam ucapan dasar presiden, Muhyiddin telah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti tahun hadapan.

Suasana dewan yang dihadiri perwakilan itu kecohlah sekejap.

Selepas pengerusi tetap meminta supaya perwakilan bertenang, akhirnya keadaan dewan kembali seperti biasa.

Dan dalam sidang media, Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin, pula cuba menjadi hero.

Beliau mengumumkan bahawa keputusan Muhyiddin itu belum lagi muktamad dan beliau berharap Muhyiddin mempertimbangkan semula keputusan itu…๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Pada pandangan penulis, pengumuman Muhyiddin itu tidak lebih hanya untuk ‘test market’.

Keadaan kepimpinan parti yang lemah dan desakan supaya Muhyiddin berundur dijangka akan menjadi perbahasan utama perwakilan pada tahun ini.

Untuk mengelakkan dari diserang bertubi-tubi oleh perwakilan, Muhyiddin terlebih dahulu membuat pengumuman itu.

Sudah pasti mood para perwakilan akan bertukar dari mendesak beliau letak jawatan kepada mendesak beliau tidak meletak jawatan.

Dan jangan terkejut kalau tiba-tiba ada pula ‘askar upahan’ akan mencadangkan supaya jawatan presiden tidak dipertandingkan tahun hadapan…๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Rasionalnya, kalau betul hendak berundur, letak saja jawatan.

Tidak ada keperluan untuk buat pengumuman di hadapan perwakilan.

Mungkin bagi generasi Tiktok, drama begini menarik minat mereka, tetapi bagi generasi penulis, ianya sangat memualkan.

Kerana episod akhir drama sebegini sudah berulangkali ditayangkan.

Muhyiddin Ulangi Drama Mahathir Di PAU 2002, Hamzah Main Watak Hero

 

Diย Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker