Lagi Pemimpin PAS Berhadapan Saman Fitnah

Lagi Pemimpin PAS Berhadapan Saman Fitnah

Lagi Pemimpin PAS Berhadapan Saman Fitnah

 

Sebelum ini ahli parlimen Kepala Batas, Siti Mastura (PAS), berhadapan dengan saman fitnah oleh beberapa orang pemimpin DAP.

Untuk rekod, pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok sudah memulakan tindakan undang-undang ke atas Siti Mastura.



Siti Mastura akan berhadapan tuduhan menghasut dan juga menyalahgunakan alat komunikasi yang menimbulkan keresahan.

Beliau disaman kerana memfitnah pemimpin DAP mempunyai pertalian darah dengan Chin Peng dan mempunyai agenda rahsia.

Kini seorang lagi ahli politik dari PAS menghadapi tindakan yang sama.

Ahli parlimen Jasin, Zulkifli Ismail (PAS) dan juga media rasmi PAS, Harakah Daily berhadapan dengan saman fitnah.



Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek, yang juga merupakan ahli parlimen Nibong Tebal, memberikan masa 48 jam kepada Zulkifli dan Harakah Daily.

Fadlina menuntut kedua-dua pihak tersebut membayar RM500,000 kerana memfitnah.

Zulkifli menuduh Menteri Pendidikan mengarahkan sekolah di seluruh negara tidak bertakbir dan membaca qunut nazilah semasa Minggu Solidariti Palestin.

Manakala Harakah Daily pula kerana menerbitkan artikel bertajuk “Ajaran Siapa Tak Boleh Takbir di Sekolah?” pada 6 November tulisan Zulkifli.



Fadlina menafikan dia dan Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan larangan terhadap sekolah untuk bertakbir atau membaca qunut nazilah semasa Minggu Solidariti Palestin.

Artikel itu membayangkan beliau telah menyimpang daripada akidah Islam, tidak jujur dan merosakkan nama baiknya sebagai Menteri Pendidikan.

Fadhlina tutut memberi tempoh 48 jam untuk kedua-dua Zulkifli dan Harakah Daily menurunkan artikel dalam talian itu.

Beliau juga menuntut permohonan maaf tanpa syarat  dan akujanji bertulis serta berikrar tidak mengulangi kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.



Zulkifli dan Harakah Daily juga dituntut untuk menanggung semua kos guaman.

Mungkin benar apa yang dikatakan Lim Guan Eng dalam DUN Pulau Pinang.

“Apakah PAS adalah parti fitnah”.

Lagi Pemimpin PAS Berhadapan Saman Fitnah

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading