Kes SRC Bakal Di Sebut Semula Di Mahkamah Pada 1 Disember Ini

Kes SRC Bakal Di Sebut Semula Di Mahkamah Pada 1 Disember Ini

Kes SRC Bakal Di Sebut Semula Di Mahkamah Pada 1 Disember Ini

Pada 1 Disember ini, kes SRC RM27 juta DS Najib akan disebut semula di mahkamah.

Kes yang didakwa pada tahun 2018 ini sepatutnya dibicara bersama kes SRC RM42 juta.

Tetapi ianya menjadi kes yang berasingan atas kesilapan besar Tommy Thomas dan juga keengganan Nazlan untuk membicarakannya.



Alasan yang diberikan kerana kononnya tidak mahu memperlambatkan kes SRC RM42 juta.

Untuk rekod, kes ini melibatkan saksi yang sama dan dokumen-dokumen yang sama dengan kes SRC RM42 juta.

Maka timbullah situasi yang amat unik di mana seseorang tertuduh dibicara 2 KALI atas kes yang sama.

Satu pelanggaran perlembagaan dan juga asas sistem keadilan.



Namun banyak bukti baharu telah timbul sejak DS Najib dijatuhkan hukuman dalam kes RM42 juta.

Termasuk kenyataan pengakuan pengurus akaun bank DS Najib Joanna Yu.

Beliau mengakui bahawa beliau bersekongkol dengan Jho Low untuk menyorok kedudukan akaun bank sebenar dari DS Najib.

Kesemua bukti yang DS Najib hendak masukkan dalam perbicaraan kes SRC RM42 juta ditolak.



Hakim perbicaraan kes ini boleh memasukkannya dalam perbicaraan kes SRC RM27 juta.

Maka mungkin timbul keadaan di mana saksi yang sama akan memberi kenyataan.

Ini bakal menjejaskan keputusan kes SRC RM 42 juta.

Sebab itu, difahamkan bahawa pihak pendakwaan sebenarnya tidak berhasrat untuk meneruskan kes SRC RM27 juta ini.



Hanya Di Malaysia Kes Di Tangguh Selama 5 Setengah Tahun Dan Tertuduh Di Dakwa Berulang Kali Atas Kes Yang Sama

Sebab itu juga kes ini tidak pernah mula dibicara selama 5 1/2 tahun sejak DS Najib didakwa pada tahun 2018.

Atas permintaan berulang kali pendakwaan yang meminta penangguhan.

Kali terakhir kes ini naik ke mahkamah ialah pada bulan Ogos 2023.

Hakim bersetuju dengan permintaan pihak pendakwaan untuk meminta satu lagi penangguhan atas alasan AGC perlukan masa untuk meneliti dan membuat keputusan.



Sama ada untuk menerima surat representasi DS Najib atau tidak.

Namun sehingga kini, pihak pendakwaan masih belum memberi apa-apa jawapan kepada DS Najib.

Pada 1 Disember bila kes SRC RM27 juta ini disebut semula di mahkamah, ada beberapa kemungkinan boleh berlaku:

  • Hakim akan memberi DNAA kepada DS Najib sekiranya hakim percaya ianya tidak adil pada DS Najib jika pendakwaan meminta penangguhan sekali lagi.
  • Pendakwaan akan meminta satu lagi penangguhan dan hakim membenarkannya biarpun ini adalah satu ketidakadilan sangat besar bagi tertuduh.
  • Pendakwaan tidak lagi meminta penangguhan tetapi minta tarikh mahkamah untuk kes ini dibicarakan sekiranya mereka tidak berani memohon penangguhan.
  • Pendakwaan bersetuju menerima surat representasi DS Najib dan meminta Najib diberi DNAA.

Kita sama-sama tunggu apa akan berlaku pada 1 Disember nanti.



Apakah DS Najib akan diberi keadilan dari AGC bawah kerajaan perpaduan.

Atau terus diseksa dengan keadaan yang sangat unik serta melanggar perlembagaan dan asas sistem keadilan – bahawa seseorang tidak boleh dibicara dua kali untuk kes yang sama.

Kes SRC Bakal Di Sebut Semula Di Mahkamah Pada 1 Disember Ini

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading