Lim Guan Eng: BN Tidak Tahu Ada Buku Yang Di Dakwa Siti Mastura

Lim Guan Eng BN Tidak Tahu Ada Buku Yang Di Dakwa Siti Mastura

Lim Guan Eng: BN Tidak Tahu Ada Buku Yang Di Dakwa Siti Mastura

Barisan Nasional (BN) tidak tahu-menahu mengenai sebuah buku yang didakwa mengaitkan keluarga Lim Kit Siang ada pertalian kekeluargaan dengan bekas pemimpin komunis Chin Peng.

Lim Guan Eng berkata beliau bertemu Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan dan bertanya mengenai dokumen itu.

“Tok Mat (Mohamad) berkata beliau tidak tahu dan tiada pengetahuan mengenai buku ini,” kata Lim yang juga pengerusi DAP.



Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkang Fauzi Yusoff (PN-Sungai Dua) sama ada pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap pihak menerbitkan buku itu.

Adun PAS itu berkata tuduhan dibuat ahli parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Mohamad, keluarga Lim mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng berdasarkan dokumen berkenaan.

Guan Eng membalas dengan berkat, baik Fauzi mahupun Siti Mastura seharusnya menggunakan fakta dalam perbahasan mereka.

Dan jangan menggunakan fitnah dan serangan peribadi terhadap keluarganya.



“Adakah PAS parti yang terlibat dengan fitnah?,” soal Guan Eng.

Selain Guan Eng, Kit Siang semalam mengumumkan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil PAS tersebut kerana memfitnah.

Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok, juga dilaporkan akan mengambil tindakan yang sama terhadap Siti Mastura.

Kit Siang juga menggambarkan Siti Mastura sebagai keaiban negara.



Dalam kenyataan yang sama, Kit Siang juga berkata Siti Mastura tidak celik media kerana mengaitkan keluarganya dengan Chin Peng.

Persoalannya, selepas Timbalan Pengerusi BN menafikan pihak BN Comms ada menerbitkan buku tersebut, siapa sebenarnya yang menerbitkannya?

Adakah ianya diterbit dan dicetak oleh Perikatan Nasional sebagai usaha untuk menyelamatkan Siti Mastura?

Lim Guan Eng: BN Tidak Tahu Ada Buku Yang Di Dakwa Siti Mastura

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading