Nik Elin ‘Trojan Horse’ Annuar Musa Untuk Serang Kerajaan?

Nik Elin 'Trojan Horse' Annuar Musa Untuk Serang Kerajaan

Nik Elin ‘Trojan Horse’ Annuar Musa Untuk Serang Kerajaan?

Kira-kira 1,000 orang telah berhimpun di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya pagi semalam ketika Mahkamah Persekutuan mula bersidang dalam kes Nik Elin VS Kerajaan Kelantan.

Sudah banyak pihak menjelaskan, kes yang sedang didengar di Mahkamah Persekutuan itu bukanlah kes yang mencabar undang-undang syariah.

Tetapi ianya adalah kes yang mencabar keabsahan pindaan 20 Enakmen Kanun Jenayah Syariah I Kelantan yang digubal pada 2019.



Ianya adalah kerana 20 pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah I Kelantan tersebut bertindih dengan undang-undang Kanun Keseksaan.

Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan, undang-undang negeri yang tidak selaras dengan undang-undang persekutuan akan terbatal.

Jadi tidak timbul isu mencabar undang-undang syariah.

Ianya menjadi isu kerana kejayaan PAS memutarbelitkan fakta serta mempolitikkan isu tersebut.



Kini terbongkar satu lagi fakta yang selama ini cuba disembunyikan.

Nik Elin yang memfailkan petisyen tersebut, sebenarnya adalah ahli kepada NGO Muafakat Nasional yang ditubuhkan oleh Annuar Musa.

Seperti di dalam info grafik di atas, nombor keahlian Nik Elin di dalam Muafakat nasional adalah MN011258.

Dalam artikata lain, Nik Elin sebenarnya mempunyai hubungan yang baik dengan Annuar Musa.



Nik Elin Di Peralatkan?

Nik Elin 'Trojan Horse' Annuar Musa Untuk Serang Kerajaan?

Malah, Nik Elin juga dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Penulis juga difahamkan, isu keabsahan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah I Kelantan sudah Nik Elin bangkitkan kepada Takiyuddin ketika beliau menjadi Menteri Undang Undang.

Namun, tidak ada sebarang tindakan dari Takiyuddin.



Apakah ketika itu Takiyuddin sudah merancang untuk menggunakan isu tersebut sebagai peluru untuk menembak musuh politik mereka di masa akan datang?

Sebenarnya yang bersalah dalam isu ini adalah PAS.

Meminda perlembagaan tanpa menyemak bidang kuasa kerajaan negeri yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ada juga yang membisikkan kepada penulis, Nik Elin hanyalah ‘trojan horse’ Annuar Musa untuk menyerang kerajaan.



Kepimpinan negara akan dilihat sangat liberal kerana membiarkan isu ini berlarutan tanpa sebarang tindakan.

Apa sudah jadi dengan pemimpin PAS dan di manakah rasionalnya pemikiran ahli PAS apabila membenarkan diri mereka diperalatkan?

Nik Elin ‘Trojan Horse’ Annuar Musa Untuk Serang Kerajaan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading