Kecewa Dengan PAS, Mahathir Tumpu Perhatian ‘Hijacked’ PPBM

Kecewa Dengan PAS, Mahathir Tumpu Perhatian 'Hijacked' PPBM

Kecewa Dengan PAS, Mahathir Tumpu Perhatian ‘Hijacked’ PPBM

Khabar yang penulis terima, Dr Mahathir kini dikatakan benar-benar kecewa dengan kepimpinan PAS kerana tidak memenuhi kehendak beliau.

Dr Mahathir dikatakan sudah memberikan mesej yang sangat jelas kepada kepimpinan PAS bahawa beliau berminat untuk bertanding di PRK Kemaman atas tiket PAS.

Benar atau tidak, penulis dimaklumkan, pada awalnya kepimpinan PAS dikatakan telah bersetuju secara dasarnya.



Tetapi kepimpinan PAS dikatakan menukar keputusan tersebut dan mencalonkan Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri dalam PRK Kemaman.

Akibatnya Dr Mahathir merasa sangat marah dan kecewa, malh beliau rasa dikhianati oleh kepimpinan PAS.

Walau pun Dr Mahathir telah dilantik sebagai penasihat SG4 atas negeri yang dikuasai PAS, tetapi itu bukan matlamat utama beliau.

Beliau sangat berharap dapat bertanding dalam PRK di parlimen supaya langkah seterusnya boleh diatur untuk menjatuhkan Anwar.



Kita semua maklum, Dr Mahathir dan Daim dikatakan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Anwar selewat-lewatnya Disember ini.

Gagal menjatuhkan Anwar, berarti tahun hadapan Dr Mahathir dan Daim akan menghadapi hari-hari yang sibuk di mahkamah.

Tetapi, Dr Mahathir dikatakan tidak berputus asa.

Beliau mula menggerakkan plan B selepas plan A beliau gagal.



Kini Dr Mahathir dikatakan sudah memulakan usaha untuk ‘hijacked’ PPBM dan Perikatan Nasional dari Muhyiddin.

Ada asasnya dakwaan ini kerana melihatkan Muhyiddin kini sudah semakin ditolak sama ada dalam PPBM atau Perikatan Nasional.

Dr Mahathir percaya, sekiranya Muhyiddin dapat dijatuhkan, laluan mudah untuk beliau ‘hijacked’ Perikatan Nasional.

Sambil menggerakkan usaha menjatuhkan Anwar, Dr Mahathir juga dikatakan akan memberikan ‘pengajaran’ kepada kepimpinan PAS.



Penulis tidak dapat pastikan sama ada apa yang diberitahu ini adalah benar atau tidak, tetapi asasnya ada.

Sama-sama kita lihat apabila Dr Mahathir mula buat ‘move’.

Teringat lirik lagu Apokalips M. Nasir:

🎶🎶🎶1, 2, 3, Do Re Mi…🎶🎶🎶



🎶🎶🎶 Apa nak jadi…🎶🎶🎶

🎶🎶🎶Alif Ba Ta, A, B, C…🎶🎶🎶

🎶🎶🎶.Apa nak jadi…🎶🎶🎶

 



Kecewa Dengan PAS, Mahathir Tumpu Perhatian ‘Hijacked’ PPBM

 

Temui Kami:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading