Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka

Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka

Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka

Selepas Lim Guan Eng mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli parlimen Kepala Batas, Siti Mastura, giliran ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok, pula mengambil tindakan yang sama.

Penulis melihat, pemimpin DAP akan mengambil tindakan mahkamah secara berasingan ke atas Siti Mastura.

Selain dari itu, ada juga khabar angin yang membawa berita negara Singapura juga dikatakan akan mengambil tindakan yang sama.



Sekiranya benar, sudah pasti nama Siti Mastura akan menjadi popular dan terpampang di dada akhbar di seluruh dunia.

Jangan lupa, Singapura adalah negara maju, di mana setiap berita dari Singapura mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Tahniah penulis ucapkan kepada Siti Mastura kerana atas keceluparan mulut beliau, nama beliau akan jadi sebutan di seluruh dunia.

Cubaan Wan Saiful Untuk Alihkan Isu

Perkembangan terbaru ini pasti membuatkan kem Perikatan Nasional panik dan goyah.



Seperti biasa, apabila merasakan keadaan mereka tergugat dan tidak mampu menghadapinya, PN akan memulakan ‘blame game’ untuk mengalihkan perhatian.

Bekas ketua penerangan PPBM, Wan Saiful mencabar DAP Lim Guan Eng untuk menyaman BN berhubung dakwaan yang terkandung dalam buku kecil kempen PRU 15.

“Bahan Kempen Komunikasi BN turut menyertakan dakwaan serupa yang dibuat oleh Siti Mastura”.

“Mengaitkan pemimpin DAP dengan bekas pemimpin komunis Ong Boon Hua, yang lebih dikenali ramai sebagai Chin Peng”.



“Muka surat 129 dan 130, ada topik fahaman komunis”.

“Jadi yang nak saya sebut di sini, ini bukan satu isu yang ditimbulkan oleh PN semata-mata”.

“Asal-usulnya adalah dari sini”.

“Sekiranya ada apa-apa tindakan yang hendak diambil, saya menggesa pihak dari DAP ini untuk berlaku adil”.



“Nak ambil tindakan undang-undang, pastikan ambil juga terhadap yang mencetak dan mengedarkan buku ini,” gesa Wan Saiful.

Teresa Kok dalam memberikan respon atas apa yang didakwa Wan Saiful berkata tidak ada seorang pun pemimpin BN yang berkata begitu secara terbuka.

Pelik tapi benar.

Sejak bila pula PAS gunakan risalah BN sebagai rujukan bahan kempen mereka.



Kepada Wan Saiful, cuba lagi di lain kali.

Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button