Najib Tidak Beri Kerjasama Dalam Soal Siasat Kes 1MDB?

Najib Tidak Beri Kerjasama Dalam Soal Siasat Kes 1MDB

Najib Tidak Beri Kerjasama Dalam Soal Siasat Kes 1MDB?

DS Najib tidak memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat ketika soal siasat kes 1MDB.

Itulah tajuk yang dipetik oleh beberapa media utama apabila pegawai penyiasat Foo Wei Min menyatakan sedemikian di dalam mahkamah.

Tetapi, apa yang dilaporkan oleh media tersebut, ternyata adalah laporan berat sebelah yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap DS Najib.



Sama ada ianya sememangnya disengajakan atau ianya bertujuan untuk menarik minat pembaca melalui tajuk yang ‘catchy’, penulis tidak dapat pastikan.

Apa yang pasti, laporan berat sebelah dan tidak menyeluruh itu telah berjaya menimbulkan pekbagai persoalan di kalangan masyarakat.

Apa Sebenarnya Yang Di Katakan Oleh Saksi Pendakwaan Tersebut

Saksi pendakwaan juga bersetuju bahawa DS Najib hanya disoal siasat dua minggu SELEPAS dia telah didakwa dalam mahkamah.

Jadi apa keperluan untuk menjawab soalan pegawai penyiasat sedangkan kes sudah pun didakwa di mahkamah?



Dan memang hak DS Najib untuk hanya jawab di mahkamah sebab dia sudah didakwa.

Tapi yang pelik ialah kenapa DS Najib hanya disoal siasat SELEPAS dia didakwa?

Jika disoal siasat dengan betul sebelum didakwa, saksi pendakwaan tersebut akan tahu bahawa:

  1. DS Najib sah menerima dana besar dari Arab Saudi termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan akaun beliau mempunyai baki sebanyak RM879.8 juta, yang beliau katakan sebagai daripada sumber yang sah seperti diberitahu saksi pendakwaan tersebut.
  2. DS Najib gunakan sepenuhnya dana yang diterima untuk kerja CSR dan pollitik, tidak untuk kegunaan peribadi seperti diberitahu saksi ini juga.
  3. Dana yang digelar RM2.6 bilion tersebut telah dipulangkan kepada penghantar 4 bulan kemudian.

Jika DS Najib disoal siasat dengan selengkapnya mungkin dia tidak akan didakwa.



Tetapi itulah kaedah ‘Rule of Law’ di era pemerintahan Dr Mahathir.

Dakwa dulu sebelum siasat sebab niat mereka hanya untuk kenakan, susahkan dan rosakkan imej DS Najib.

Najib Tidak Beri Kerjasama Dalam Soal Siasat Kes 1MDB?

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading