Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar

Kes Pembunuhan Altantuya Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar

Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar

Masih ada fakta yang sangat penting yang mungkin sengaja disembunyikan atas arahan pihak tertentu mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 18 Oktober 2006.

Benar, Azilah bin Hadri dan Sirul Azhar Umar sudah pun dijatuhkan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas sabitan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bukan penulis mahu membela mereka berdua, tetapi kita jangan lupa, mereka berdua adalah dari Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM.



Sudah pasti mereka sudah dilatih dan didoktrin dengan disiplin patuh kepada semua arahan dari pihak atasan tanpa sebarang soalan.

Aoa yang penulis maksudkan ialah, seberat mana pun tugasan yang diarahkan, sudah pasti mereka akan laksanakan tanpa sebarang soalan.

Dalang Sebenar Masih Lagi Di Pandang Suci

Perkara kedua yang mesti kita fahami ialah, kedua-dua mereka tidak pernah mengenali apa lagi mempunyai kepentingan untuk membunuh Altantuya.

Menurut akuan bersumpah yang pernah dikeluarkan oleh Azilah, beliau menerima arahan dari pegawai atasan beliau, DSP Musa.



Persoalannya, siapakah pula yang mengarahkan DSP Musa?

Adakah beliau menerima arahan dari pegawai atasan beliau yang juga merupakan pegawai kanan PDRM?

Atau beliau menerima arahan dari seseorang yang berkuasa supaya membunuh Altantuya?

Raja Petra Kamaruddin (RPK) pernah memfitnah DS Rosmah melalui kenyataan bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa DS Rosmah hadir di tempat pembunuhan tersebut.



Tetapi pada April 2011 satu lagi kenyataan penafian penglibatan DS Najib dan DS Rosmah telah beliau keluarkan.

RPK adalah seorang penulis yang dibayar dan beliau akan mencipta apa sahaja cerita atau fitnah mengikut selera orang yang membayarnya.

Sudah pasti ada seseorang yang telah membayar RPK untuk mencipta fitnah ke atas DS Najib dan DS Rosmah?

Dan mungkinkah orang yang sama telah memberikan arahan kepada pegawai kanan polis supaya membunuh Altantuya?



Tidak boleh dinafikan begitu sahaja persoalan ini kerana memandangkan Altantuya adalah teman wanita Razak Baginda.

Razak Baginda pula adalah kenalan DS Najib dan ketika itu menjadi pegawai khas kepada DS Najib.

Membunuh Altantuya boleh mencipta persepsi ianya adalah kehendak Razak Baginda.

Dengan mengaitkan Razak Baginda, secara tidak langsung ianya boleh mencipta persepsi arahan itu datangnya dari DS Najib.



Persoalan yang paling penting untuk dirungkai ialah siapakah yang menjadi dalang utama kepada pembunuhan Altantuya.

Ianya jauh lebih penting dari membawa balik Sirul Azhar ke Malaysia.

Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button