Berkesankah Boikot Produk Israel Ke Atas Negara Zionis Tersebut?

Berkesankah Boikot Produk Israel Ke Atas Negara Zionis Tersebut

Berkesankah Boikot Produk Israel Ke Atas Negara Zionis Tersebut?

Saiz ekonomi Israel dianggarkan sebesar USD488 bilion atau bersamaan RM2.293 trilion.

Sebahagian besar dari pendapatan Israel bukannya datang dari cukai domestik yang mereka kutip dari rakyat mereka.

Tetapi ianya datang dari pelbagai aktiviti ekonomi yang mereka jalankan di seluruh dunia.



Daripada saiz ekonomi yang begitu besar, Israel membelanjakan sebanyak USD13.3 bilion untuk pertahanan mereka.

Malah dilaporkan, baru-baru ini, negara haram Yahudi tersebut sudah melancarkan bajet sebanyak USD843 juta untuk pelaburan di Baitulmaqdis Timur antara 2024 dan 2028.

Disebabkan kekuatan ekonomi mereka, maka regim Zionis di negara haram Yahudi telah menjadi terlalu angkuh.

Lihat sahaja bagaimana pelbagai tekanan yang diberikan oleh masyarakat dunia terhadap tindakan geonosid ke atas penduduk Palestin.



Ianya tidak memberikan kesan terhadap kerakusan mereka ke atas tanah, nyawa, darah dan airmata penduduk Palestin.

Jadi, bagaimanakah kita mahu merobohkan keangkuhan regim Zionis di negara haram Yahudi tersebut.

Seperti yang penulis nyatakan, keangkuhan mereka adalah kerana kekuatan ekonomi mereka.

Jadi, satu-satunya cara untuk kita merobohkan keangkuhan mereka adalah dengan menghancurkan kekuatan ekonomi mereka.



Gerakan memboikot barangan Israel kini sedang dilakukan oleh masyarakat dunia.

Ianya bertujuan untuk memberikan tekanan kepada ekonomi Israel dan ekonomi sekutu kuat Israel, Amerika.

Runtuhkan Ekonomi Israel

Kesan dari perang Palestin-Israel telah memberikan kesan yang sangat besar kepada ekonomi Israel.

Biro Statistik Pusat Israel memaklumkan 1 daripada 3 perniagaan terpaksa ditutup atau beroperasi dengan kapasiti 20% atau kurang sejak perang bermula.



Lebih separuh syarikat Israel kehilangan sekurang-kurangnya 50% pendapatan atau lebih.

Statistik lebih teruk di Selatan Israel apabila 2/3 perniagaan terpaksa ditutup atau mengurangkan kadar operasi kepada minimum.

350,000 tentera simpanan Israel atau 8% dari tenaga kerja Israel dipanggil untuk berperang dengan Palestin dan Hizbullah.

Kementerian Buruh Israel memaklumkan disebabkan perang ini, 764,000 rakyat Israel atau 18% tenaga kerja tidak bekerja ketika ini.



Itu adalah fakta yang tercatat dalam akaun Twitter @Irfannews.

Israel juga dilaporkan terpaksa menanggung perbelanjaan yang cukup besar dalam peperangan dengan HAMAS kali ini.

Regim Zionis Yahudi sudah pasti memerlukan dana yang besar untuk menampung perbelanjaan peperangan mereka.

Di sinilah peluang kita sebagai masyarakat dunia memainkan peranan untuk mengajar regim Zionis Yahudi.



Ekonomi domestik mereka sudah hampir lumpuh dan kini tiba masanya untuk kita melumpuhkan rantaian ekonomi mereka di seluruh dunia.

Tindakan memboikot produk Israel atau produk yang ada kaitan dengan sekutu Israel pasti akan meruntuhkan ekonomi mereka.

Tanpa dana, tidak ada apa yang dapat mereka lakukan untuk membangunkan negara mereka.

Malah rakyat mereka sendiri akan bangun dan menentang regim Zionis Yahudi yang menguasai pemerintahan negara haram Israel.

Ada Rakyat Malaysia Yang Menentang Boikot Barangan Israel

Sangat mendukacitakan, ketika masyarakat dunia yang ada di kalangan mereka bukan beragama Islam melancarkan boikot, ada suara sumbang dari rakyat Malaysia yang menentangnya.

Kononnya, tindakan tersebut akan menyebabkan syarikat gergasi tempatan mengalami kerugian yang akhirnya memberi kesan kepada pekerja tempatan yang beragama Islam.

Lupakah mereka, syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan berbilion ringgit selama beberapa tahun.

Apakah syarikat tersebut tidak boleh memperuntukkan sebahagian keuntungan yang mereka nikmati selama ini sebagai perbelanjaan CSR kepada pekerja mereka?

Kalau pun pekerja terpaksa diberhentikan, banyak lagi syarikat tempatan yang tidak ada kaitan dengan Israel boleh menerima mereka.

Bumi Allah SWT luas dan yakinlah, rezeki bukannya datang dari majikan yang tidak berhati perut, tetapi datang dari Allah SWT.

Pergiatkan lagi kempen boikot di negara kita.

Semak senarai barangan yang perlu diboikot di Boycott The Witness.

Kita tidak mampu untuk menjadi mujahiddin yang mengangkat senjata memerangi kekejaman Zionis Yahudi.

Kita tidak mempunyai harta yang banyak untuk didermakan bagi membantu mangsa kekejaman Zionis Yahudi di Palestin.

Inilah jihad yang mampu kita lakukan untuk memerangi kezaliman Zionis Yahudi.

Berkesankah Boikot Produk Israel Ke Atas Negara Zionis Tersebut?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button