Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang

Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang

Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang

Selasa lepas, pihak PDRM Bukit Aman mengesahkan keterangan ahli parlimen Kepala Batas, Siti Mastura, sudah diambil.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DS Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah pun membuka kertas siasatan.



Siasatan ini dibuat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan atas kesalahan membabitkan kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan, ketakutan dan kegentaran kepada orang awam.

Siti Mastura juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau dipanggil ke Bukit Aman berhubung ucapan pada majlis di Kemaman, Terengganu.

Dalam ucapan tersebut, beliau mendakwa bekas Pengerusi DAP, Lim Kit Siang adalah sepupu kepada pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng.



Siti Mastura juga mengaitkan isteri Guan Eng dengan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok mempunyai pertalian darah dengan Chin Peng.

Apa yang menarik perhatian penulis adalah kehadiran Siti Mastura di Bukit Aman hanya ditemani oleh peguam beliau, Ahmad Amzar Ahmad Azlan.

Tidak kelihatan pemimpin PAS yang mengiringi Siti Mastura sebagai tanda sokongan moral kepada beliau yang bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Apabila ditanya kepada mantan Ketua Pemuda PAS, Fadhli Shaari, beliau memberikan alasan PAS tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengkaji perkara berkenaan.



Siti Mastura adalah seorang pemimpin muda PAS yang penulis lihat mempunyai potensi di dalam politik.

Di dalam Dewan Rakyat, beliau membuktikan, walau pun beliau seorang ahli politik junior, tetapi tidak mudah untuk membuli beliau.

Kepimpinan PAS sepatutnya memberikan sokongan dan dorongan kepada beliau.

Tidak menghairankan, sekiranya Siti Mastura disabitkan kesalahan dan perlu membayar denda, PAS akan terus bersikap lepas tangan?



Kerana inilah sikap kepimpinan utama PAS.

Akan bersekutu dengan siapa sahaja yang memberikan keuntungan, tetapi sekiranya dilihat menjadi bebanan, orang yang akan dipinggirkan.

Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading