Wajah Plastik Kepimpinan PAS Dalam Perjuangan

 

Wajah Plastik Kepimpinan PAS Dalam Perjuangan

Hadi Awang berbohong bila cuba bina persepsi kerajaan tidak bertindak bantu selamatkan Mahkamah Syariah.

Bukankah kes Iki Putra dan Nik Elin berlaku pada tahun 2021 dan 2022.

Adakah beliau lupa ketika itu PN-PAS menjadi kerajaan.



Mengapa mereka tidak bertindak, walhal kedua-dua kes itu berlaku semasa pentadbiran PN-PAS.

Amanah dan tanggungjawab diri sendiri sebagai Duta Khas dan Menteri pun beliau khianati dengan  makan gaji buta.

Inikan pula kononnya mahu menyelamatkan syariat undang-undang Islam.

Dahulu pernah berjanji hendak bentang RUU 355 dan janji buat Hudud, mereka mungkiri bila kuasa di tangan.



Kini setelah menjadi pembangkang, barulah melaungkan tentang RUU 355lah, selamatkan syariat Islamlah dan pelbagai lagi.

Undang Undang Syariah adalah topik paling disukai untuk dipolitikkan PAS dan Hadi sejak zaman muda untuk mengkafirkan musuh politik mereka.

Wajah Plastik Kepimpinan PAS Dalam Perjuangan

Ingat lagi di zaman 80’an, Hadi main isu ini hingga anggap UMNO kafir kerana tidak laksanakan Hudud dan pertahan Perlembagaan RUU355.



Hendak mempertahankan Mahkamah Syariah mesti melalui cara yang betul.

Tapi mulakan kempen dengan salahkan pihak lain tonjolkan niat sebenar Hadi dan PAS.

Kini melalui media milik PAS, senjata ini ditala kepada kerajaan dan parti-parti komponen.

Ingat, kadang-kadang Ulamak Su’ tidak buat fitnah.



Kerja mereka hanya mencetuskan fitnah dan askar mereka akan buat spekulasi yang disulamkan dengan fitnah.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Ulama mereka ketika itu lebih jahat dari siapa yang ada di bawah langit dan daripada merekalah akan keluarnya fitnah dan pada merekalah akan kembalinya fitnah tersebut”.

Hadis riwayat: Baihaqi.



 

Wajah Plastik Kepimpinan PAS Dalam Perjuangan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading