Benarkah Shahidan Kassim Adalah MP PAS Yang Akan Beralih Ke Blok Kerajaan?

Benarkah Shahidan Kassim Adalah MP PAS Yang Akan Beralih Ke Blok Kerajaan

Benarkah Shahidan Kassim Adalah MP PAS Yang Akan Beralih Ke Blok Kerajaan?

Keretakan hubungan antara PPBM dan PAS dilihat seakan sudah tidak dapat dibendung lagi.

Baru-baru ini, Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, secara terbuka memberikan sindiran yang tajam kepada PAS.

Secara terbuka Muhyiddin mengingatkan PAS supaya sedar diri dan tanpa pertolongan PPBM, tidak mungkin PAS boleh mempunyai ahli parlimen yang ramai seperti sekarang.



Muhyiddin juga mendakwa, tanpa PPBM, tidak mungkin PAS boleh menguasai 4 kerajaan negeri sebagaimana sekarang.

Dalam bahasa yang mudah difahami, Muhyiddin mengingatkan PAS supaya jangan besar kepala kerana PPBM yang meletakkan PAS di kedudukan sekarang.

Pergolakan politik yang berlaku di Perlis dilihat akan menambahkan keretakan hubungan antara PPBM dan PAS di dalam Perikatan Nasional.

Sekali lagi Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, tidak mengendahkan gesaan Muhyiddin supaya melantik ADUN PPBM sebagai EXCO Perlis.



Akibatnya, beberapa ADUN PPBM di Perlis telah menyatakan bantahan secara terbuka atas keengganan Shukri melantik ADUN PPBM sebagai EXCO.

Keadaan ini meresahkan mantan Menteri Besar Perlis yang juga merupakan ahli parlimen dari PAS, Shahidan Kassim.

Walau pun Shahidan bertanding di PRU 15 di atas tiket PAS, tetapi sokongan terhadap beliau banyak datang dari PPBM.

Ini adalah kerana Shahidan merupakan katak politik UMNO yang melompat ke parti PAS setelah beliau tidak dicalonkan UMNO dalam PRU 15.



Manakala majoriti bekas ahli dan pemimpin UMNO yang menjadi penyokong tegar Shahidan kini melompat ke PPBM.

Dalam artikata lain, sekiranya PPBM Perlis di anaktirikan oleh PAS, sakitnya pasti turut dirasai Shahidan.

Khabar yang sampai kepada penulis, kalau dahulu cakap-cakap yang mengatakan Shahidan akan beralih sokongan kepada kerajaan hanya khabar angin, kini tidak lagi.

Shahidan dikatakan sudah mula berjumpa beberapa ahli politik kerajaan dan berbincang secara serius mengenai isu tersebut.



Sekiranya benar, PAS dan Perikatan Nasional akan kehilangan satu lagi ahli parlimen.

Benarkah Shahidan Kassim Adalah MP PAS Yang Akan Beralih Ke Blok Kerajaan?

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading