PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah

Mantan menteri Perikatan Nasional membisu dan menikus apabila perdana menteri, Anwar Ibrahim, membidas sikap mereka menunggang isu undang-undang syariah.

Anwar menjelaskan petisyen itu dibuat sebelum beliau mengetuai pentadbiran Putrajaya.

Sebaliknya Perikatan Nasional (PN) yang menjadi kerajaan ketika itu langsung tidak bersuara.



“Saya nak tanya menteri-menteri termasuk menteri undang-undang dulu dia buat apa?”.

“Ada yang kata tak tahu”.

“Bagaimana boleh seorang menteri jawab saya tak tahu dalam kes seberat ini?”.

“Saya tak dengar satu dua tahun dulu, ada jawatankuasa ditubuhkan, sekarang baru nak dihebohkan”.



“Kerajaan tiada masalah untuk perkara itu dibawa ke mahkamah”.

“Supaya rakyat memahami harus ada peningkatan dalam bidang kuasa mahkamah syariah”.

“Tetapi saya kesal kerana ada percubaan seolah-olah ini tindakan kerajaan perpaduan sekarang,” katanya.

PMX Bidas Mantan Menteri



Kenyataan Anwar itu merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim yang juga menteri alam sekitar dan air ketika itu yang menyatakan tidak tahu.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata berkata pihaknya membantah petisyen mencabar undang-undang tersebut selepas tidak menjadi kerajaan kerana ia dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Untuk rekod, ketika isu ini mula-mula dibangkitkan, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad (PAS) adalah menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.

Manakala Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (PPBM) pula adalah menteri undang-undang.



Seperti yang dikatakan Anwar, ketika itu tidak ada seorang pemimpin sama ada PAS mahu pun PPBM yang bersuara mengenai isu tersebut.

Sudah berkali-kali dijelaskan, isu ini sebenarnya adalah isu berkenaan bidang kuasa negeri dan bukannya isu menentang undang-undang syariah.

Namun pemimpin PN, khususnya dari PAS tetap memutarbelitkan isu tersebut untuk mengelirukan rakyat.

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading