4 Ahli Parlimen Yang Menyokong Anwar Membuka Ruang Untuk PN Lepaskan Peluru Terakhir

4 Ahli Parlimen Yang Menyokong Anwar Membuka Ruang Untuk PN Lepaskan Peluru Terakhir

4 Ahli Parlimen Yang Menyokong Anwar Membuka Ruang Untuk PN Lepaskan Peluru Terakhir

Selepas menamakan Menteri Besar Terengganu sebagai calon PAS dalam PRK Parlimen Kemaman, Tuan Ibrahim berkata PAS mempunyai agenda besar.

“Ada benda besarlah, kalau benda kecil letak orang lain pun Kemaman, In Sya Allah boleh menang.

“Tapi kita tak nak sekadar mahu Dr Ahmad Samsuri sumbang kepada Terengganu”.

“Mesti berjaya menyumbang untuk Malaysia, In Sya Allah,” kata Tun Ibrahim.



Apa sebenarnya yang tersirat di sebalik yang tersurat mengenai pelantikan Dr Samsuri sebagai calon PRK Parlimen Kemaman?

Sebelum itu, kita cuba fahamkan pula apa yang dikatakan oleh Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin, dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM.

“Anwar Ibrahim tidak mustahil boleh ditumbangkan ekoran parti-parti yang menyertainya tidak mempunyai majoriti besar”.

“Pakatan Harapan hanya memenangi 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu, dengan undi popular 36.1 peratus berbanding Perikatan Nasional meraih 49.3 peratus”.



“Perikatan Nasional lebih popular daripada mereka, jadi kita kena terus kuatkan sokongan supaya boleh capai lebih 50 peratus undi popular,” kata Hamzah.

Hamzah turut mengingatkan Anwar supaya tidak mempersoalkan usaha menukar kerajaan.

Kerana Anwar juga pernah memulakan tindakan serupa menerusi satu gerakan pada 16 September 2008.

“Dahulu semasa Anwar menjadi ketua pembangkang, kononnya ada angka yang kukuh untuk menggulingkan kerajaan”.

“Seperti dibenarkan perlembagaan mengikut amalan demokrasi”.

“Sampai masanya, doa semua para perwakilan, ahli, penyokong PN, In Sya Allah kerajaan akan beralih,” ujarnya.

Jalan Sudah Di Rintis

Ramai yang beranggapan, pengumuman 4 orang ahli parlimen PPBM mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan adalah satu kejayaan kepada Kerajaan Perpaduan.

Anwar yang sebelum ini kehilangan 2/3 majoriti ekoran tindakan Syed Saddiq menarik balik sokonggan, kini kembali mempunyai 2/3 majoriti di parlimen.

Malah kedudukan majoriti 2/3 dikatakan menjadi semakin kukuh.

Benarkah begitu?

Sebenarnya 4 ahli parlimen PPBM tersebut digunakan PN untuk melhat sejauh mana keberkesanan Akta Anti Lompat Parti.

Setakat ini, tindakan 4 ahli parlimen PPBM tersebut tidak dapat disabitkan dengan kesalahan dalam Akta Anti Lompat Parti.

Ini bermakna, untuk menjatuhkan kerajaan yang diterajui Anwar, seseorang ahli parlimen tidak perlu keluar parti.

Cukup sekadar membuat pengumuman menarik balik sokongan dari ahli parlimen kerajaan.

50 orang ahli parlimen kerajaan membuat pengumuman yang sama, sudah boleh ‘memaksa’ YDP Dewan Rakyat membenarkan usul undi tidak percaya kepada Anwar.

Sekiranya Anwar kalah dalam undi tidak percaya, mahu atau tidak Anwar terpaksa sama ada mengadakan pilihanraya umum atau meletak jawatan.

Sekiranya Anwar letak jawatan, secara automatik, kabinet akan terbubar dan PN akan mempunyai majoriti yang cukup untuk menubuh kerajaan.

Sebelum ini, PN mempunyai masalah dengan calon perdana menteri yang boleh diketengahkan.

Muhyiddin dan Hadi dilihat sebagai bukan calon yang sesuai.

Jadi, yang akan menjadi calon perdana menteri adalah Dr Samsuri dari PAS.

Inilah strategi yang sedang dicatur oleh PAS/PN.

Adakah Anwar dan kerajaan sekarang masih leka meraikan peralihan sokongan 4 ‘trojan horse’ tersebut?

Terpulang kepada mereka.

4 Ahli Parlimen Yang Menyokong Anwar Membuka Ruang Untuk PN Lepaskan Peluru Terakhir

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker