Perlukah Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Siasat Punca Kehilangan Sokongan Penjawat Awam

Perlukah Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Siasat Punca Kehilangan Sokongan Penjawat Awam

Perlukah Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Siasat Punca Kehilangan Sokongan Penjawat Awam

Penulis tertarik dengan saranan yang dikemukakan oleh wakil PKR Johor, Haryati Abu Nasir.

Beliau menggesa supaya kajian segera dilakukan mengenai penentangan terbuka penjawat awam kepada kerajaan.

Haryati berkata sedemikian ketika menyampaikan ucapan dalam Kongres Nasional Tahunan PKR.

Walau bagaimanapun, Haryati hanya memberikan tumpuan kepada Kementerian Pendidikan.



“Kami mohon KPM, ada baiknya diwujudkan jawatankuasa pemerhati”.

“Kerana ada trend membimbangkan di kalangan kakitangan yang tak menyebelahi kerajaan perpaduan,” dakwa beliau.

Namun begitu menurut Hayati, cadangan itu hanyalah cadangan yang dibangkitkan oleh PKR Johor kepada kerajaan.

Ianya berikutan terdapat kebimbangan ada di kalangan penjawat awam yang menentang Kerajaan Madani.



“Jawatankuasa yang dicadangkan adalah untuk memantau dan mengenal pasti isu yang menyebabkan kumpulan itu menentang kerajaan”.

“Ia untuk memerhati, membendung dan mengkaji”.

“Mungkin ada benda-benda yang boleh kita perbetulkan, penambahbaikan”.

“Maksudnya secara keseluruhanlah”.

“Tadi saya sentuh pendidikan sebab saya usul pendidikan”.

“Sebenarnya kakitangan awam masih ada belum menyokong”.

“Kalau boleh nak mereka beri sokongan sewajarnya, sebab mereka dalam penjawat awam, ‘by right’┬ákenalah sokong,” katanya.

Apakah Ada Kewajaran Saranan Tersebut?

Sekiranya saranan itu dilihat dari sudut sokongan politik, maka ianya adalah satu saranan yang sangat tidak wajar.

Ianya dilihat seolah-olah telah mencabuli hak dan kebebasan seseorang untk memberikan undi kepada parti politik yang mereka memilih.

Ini jelas sudah melanggar hak kebebasan seperti yang telah dijamin oleh perlembagaan.

Dalam artikata lain, ianya adalah satu saranan yang tidak berpelembagaan.

Tetapi, sekiranya saranan tersebut dilihat dari sudut pelaksanaan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan, maka ianya adalah saranan yang sangat wajar.

Konsep kesetiaan penjawat awam kepada kerajaan yang memerintah atau ‘government of the day’, adalah satu kewajiban yang mesti dipatuhi.

Tidak kira parti apa yang menjadi kerajaan, penjawat awam sebagai pelaksana dasar yang telah ditetapkan, WAJIB melaksanakannya tanpa sebarang kompromi.

Kegagalan melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan akan memungkinkan penjawat awam berhadapan tindakan tatatertib.

Mengkritik secara terbuka dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan secara terbuka juga akan memungkinkan penjawat awam berhadapan tindakan tatatertib.

Kerana ianya jelas bertentangan dengan kod etika yang WAJIB dipatuhi oleh penjawat awam.

Dalam konteks ini, sekiranya ditubuhkan, jawatankuasa mesti menilai perkara ini berdasarkan pelaksanaan dasar kerajaan oleh penjawat awam.

Dan bukannya sebagai undi yang diberikan oleh penjawat awam ketika hari mengundi.

Perlukah Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Siasat Punca Kehilangan Sokongan Penjawat Awam

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker