Benarkah Wujud Konspirasi Antara Mahathir Dan Azmin Untuk Singkir Muhyiddin?

Benarkah Wujud Konspirasi Antara Mahathir Dan Azmin Untuk Singkir Muhyiddin

Benarkah Wujud Konspirasi Antara Mahathir Dan Azmin Untuk Singkir Muhyiddin?

Maklumat dalam PPBM memaklumkan, ramai yang tersalah tafsir mengenai isu Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan dan kemudiannya membuat ‘u-turn’.

Ramai yang menyangka tujuan Muhyiddin mencipta plot tersebut adalah untuk memerangkap Hamzah yang dikatakan sedang mengintai jawatan presiden PPBM.

Tetapi penulis dimaklumkan, apa yang tersurat sebenarnya tidak sama seperti yang yang tersirat.



Bukan Hamzah yang menjadi sasaran perangkap yang dipasang, tetapi yang menjadi sasaran adalah Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja) dan Azmin.

Hamzah dikatakan marah kepada Azmin kerana memberikan maklumat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Akibatnya peguam Hamzah kini sedang sibuk berurusan dengan pihak LHDN.

Dan dikatakan persetujuan sudah pun dicapai selepas Hamzah bayar sebahagian dari cukai yang dituntut oleh LHDN.



Ada khabar angin yang mengatakan, selain dari perjanjian penyelesaian cukai tersebut, maklumat juga diberikan kepada LHDN mengenai tunggakan cukai Azmin.

Orang Jawa cakap, you scratch my back, I scratch yours…

Azmin sebagaimana yang kita tahu mempunyai cita-cita yang tinggi dalam politik.

Tujuan utama beliau melompat ke PPBM adalah untuk mendapatkan jawatan presiden PPBM dan yang lebih penting jawatan pengerusi Perikatan Nasional.



Untuk itu, beliau mesti ‘membunuh’ saingan utama beliau, Hamzah Zainuddin.

Menyedari keadaan itu, Hamzah terpaksa berkerjasama dengan Muhyiddin untuk menangkis serangan Azmin dan geng kartel.

Azmin Menjadi Liabiliti Kepada PPBM?

Azmin pula menyedari beliau kurang disenangi oleh ahli PPBM di akar umbi yang masih mempersoalkan kesetiaan beliau kepada parti.

Video hubungan songsang Azmin dengan Haziq di Sandakan juga membuatkan ahli akar umbi sukar untuk menerima Azmin.



Satu-satunya pilihan yang beliau ada ialah dengan berkerjasama dengan Peja yang diharapkan dapat menarik sokongan ahli akar umbi kepada beliau.

Melihat kerjasama antara beliau dengan Peja tidak berkesan, Azmin kini dikatakan berpaling kepada Dr Mahathir dalam usaha untuk kembali ke PKR.

Sudah menjadi rahsia umum, Dr Mahathir mempunyai hubungan yang baik dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Apakah Dr Mahathir dan Azmin akan berjaya menyusup masuk ke dalam PKR?



Atau mungkinkah Dr Mahathir akan menggunakan pengaruh beliau dalam PPBM untuk menyingkirkan Muhyiddin supaya Azmin mendapat laluan selesa?

Banyak lagi percaturan yang telah terdedah belum lagi menjadi rahsia umum.

Benarkah Wujud Konspirasi Antara Mahathir Dan Azmin Untuk Singkir Muhyiddin?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading