Alif Teega Akhirnya Mengaku Nikah Satu Lagi! Dakwaan Diserang ‘Penyondol’ Sebelum Ini Benar
Sebelum ini timbul dakwaan pasangan pempengaruh terkenal, Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah diserang penyakit ain. Mereka juga mengatakan ianya berpunca dari orang luar atau pihak ketiga yang cuba merosakkan hubungan mereka.
Bagaimanapun, Alif Teega dalam perkongsian terbarunya di Instagram mengaku sudahpun bernikah seorang lagi selepas spekulasi tentang perkara itu tersebar.
Alif bagaimanapun meminta agar perkara ini tidak dipanjangkan dan mengucapkan terima kasih kepada isteri pertamanya, Aisyah kerana banyak bersabar.
Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudahpun bernikah. Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni.
Terima kasih khususnya kpd isteri saya Aisyah Hijanah kerana bersabar dgn apa yg telah berlaku ini tabah & masih kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita utk menerima hakikat ini.
Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan padanya. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga Tapi percaturan Allah buat saya & Aisyah adalah berbeza.
Kredit: Instagram
Alif Teega Akhirnya Mengaku Nikah Satu Lagi! Dakwaan Diserang ‘Penyondol’ Sebelum Ini Benar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 4 Ahli Parlimen Yang Menyokong Anwar Membuka Ruang Untuk PN Lepaskan Peluru Terakhir
- Perlukah Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Siasat Punca Kehilangan Sokongan Penjawat Awam
- Muhyiddin U-Turn, Hamzah Berputih Mata
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :