Aman Palestin Dakwa Siasatan SPRM Berniat Jahat

Aman Palestin Dakwa Siasatan SPRM Berniat Jahat

Aman Palestin Dakwa Siasatan SPRM Berniat Jahat

Aman Palestin menyifatkan tindakan SPRM dalam menyiasat pertubuhan itu, termasuk membekukan akaun, sebagai komplot terancang dan propaganda jahat.

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali mengecam kenyataan SPRM berhubung kes itu.

Menurutnya menimbulkan pelbagai tohmahan dan fitnah serta menyuburkan persepsi negatif terhadap Aman Palestin.



“Kenyataan media pihak SPRM bertarikh 23 Nov 2023 pada perenggan ketiga jelas berniat jahat”.

“Dan sengaja diterbitkan untuk membina persepsi negatif terhadap Aman Palestin”.

“Ianya seolah-olah telah menghukum Aman Palestin bersalah menyeleweng dana RM70 juta”.

“Kenyataan-kenyataan SPRM berkait dengan kes ini ternyata tidak cermat, tidak teliti, tidak boleh dipercayai, dan tidak berintegriti”.



“SPRM adalah sebuah agensi penyiasatan”.

“Sebagai penyiasat, SPRM mestilah bertindak adil dalam siasatan”.

“SPRM tiada kuasa menghukum. Itu tugas dan bidang kuasa sistem kehakiman di mahkamah”.

“Tindakan SPRM semenjak kenyataan media bertarikh 23 Nov 2023 sehingga sekarang dengan pembocoran maklumat-maklumat siasatan merupakan satu komplot terancang”.



“Propaganda jahat untuk membunuh karakter Aman Palestin dan ahli lembaga pengarahnya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Aman Palestin di Bandar Baru Bangi.

Muhammad Rafique merujuk kenyataan SPRM yang menyebut bahawa suruhanjaya itu membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan amal tersebut.

Ia termasuk beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan lebih RM15 juta.

SPRM dalam kenyataan itu berkata pembekuan itu dibuat sebagai sebahagian siasatan di bawah Akta SPRM 2009, AMLATFPUAA 2001 dan Kanun Keseksaan Akta 574.



Rafique mendakwa kesemua aset ini diperoleh dengan hasil yang halal dan bukan daripada sumber yang haram.

Pada pandangan penulis, kenyataan SPRM hanya memaklumkan apakah akta yang digunakan SPRM untuk menyita harta tersebut.

SPRM sememangnya mempunyai kuasa untuk menyita harta untuk kes yang disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan AMLATFPUAA 2001.

Penulis percaya SPRM tidak mempunyai kepentingan untuk memburukkan imej Aman Palestin sebagaimana yang didakwa.



Berikan kerjasama dan sekiranya siasatan membuktikan tiada asas untuk pendakwaan, harta yang disita pasti akan dikembalikan.

Aman Palestin Dakwa Siasatan SPRM Berniat Jahat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading