Akhirnya Muhyiddin Tunduk Kepada PAS

Akhirnya Muhyiddin Tunduk Kepada PAS

Akhirnya Muhyiddin Tunduk Kepada PAS

PAS dilihat semakin besar kepala di dalam Perikatan Nasional (PN).

Secara moral, pengerusi sesuatu gabungan parti politik pasti akan dilantik sebagai perdana menteri atau ketua kerajaan sekiranya menang dalam pilihanraya.

PRK Kemaman membawa cerita yang sarat dengan luka yang dirasai oleh pemimpin dan ahli PPBM.

PPBM sebelum ini dilihat dan diterima sebagai ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional.



Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, sama ada dilantik atau melantik diri beliau sebagai pengerusi Perikatan Nasional.

Manakala Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin, pula dilantik oleh Muhyiddin sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional.

Sebelum ini kita melihat PAS begitu menyantuni dan menjaga hati dan perasaan ‘abang besar’ Perikatan Nasional, PPBM.

Setiap kenyataan atau keputusan PAS mestilah terlebih dahulu mendapat ‘lampu hijau’ dari PPBM.



Muhyiddin Dan PPBM Semakin Layu Dalam Perikatan Nasional

Tetapi selepas PRU 15 dan PRN di 6 buah negeri telah mengubah keadaan tersebut.

PAS kini sudah dilihat semakin besar kepala dan tidak lagi menghormati Muhyiddin, mahu pun PPBM sebagai ‘abang besar’ Perikatan Nasional.

Sebelum PRN 6 Negeri, PAS sudah melukai hati ‘abang besar’ Perikatan Nasional.

Pemimpin utama PAS mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir, seteru Muhyiddin tanpa memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

Apabila berjaya mengekalkan status quo di Kelantan, Terengganu dan Kedah, PAS sekali lagi menunjukkan mereka tidak lagi memerlukan Muhyiddin dan PPBM.

Mereka bukan sahaja mengenepikan Muhyiddin, malah melantik seteru Muhyiddin sebagai penasihat SG4.

Kini dalam PRK Kemaman, tanpa segan silu, PAS telah mengumumkan calon PRK Kemaman, Dr Samsuri sebagai calon perdana menteri dari Perikatan Nasional.

Muhyiddin tidak mampu lagi membendung sikap angkuh dan bongkak PAS.

Beliau sedar, keadaan sudah berubah.

Kini PPBM memerlukan PAS lebih dari PAS memerlukan PPBM.

Tanpa PAS di dalam Perikatan Nasional, PPBM pasti akan hanya tinggal sebagai sejarah di dalam dunia politik tanah air.

Dalam keterpaksaan, Muhyiddin mengakui, Dr Samsuri (PAS) adalah calon perdana menteri Perikatan Nasional di masa hadapan.

Di mana maruah Muhyiddin dan PPBM?

Akhirnya Muhyiddin Tunduk Kepada PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker